Friday, August 3, 2007

Anak

Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi sekalian,
Apa khabar anda pada hari ini? Hari ini saya betul-betul berat kaki melangkah untuk ke tempat kerja apabila anak saya yang kecil sekali mula merengek untuk tidak dihantar ke taska. Membuatkan saya termenung seketika dan mula berfikir tentang diri saya dan kawan-kawan seperjuangan terutama sekali dari kaum wanita yang selalu ada perasaan bersalah apabila kita keluar bekerja dan meninggalkan anak-anak di rumah.
Kalau nak diikutkan hati, memang lagi 'best' sekiranya kita dapat menjaga rumah sendiri, menjaga mereka, membuat kerja sesuka hati, memasak masakan kegemaran anak-anak/suami/diri sendiri bukankah begitu?? Tetapi hakikatnya, antara kita, berapa kerat sahaja yang MAMPU melakukan sedemikian? Semuanya kerana RM/FULUS/PITIH......Dek kerana ingin membantu suami mengukuhkan ekonomi 'sejagat' kita telan semua perasaan bersalah itu.
Namun jangan ingat perasaan itu akan hilang...selama mana saya membantu suami mencari rezeki di luar, mata-mata dan riak muka anak-anaklah yang membantu menguatkan semangat saya untuk meneruskan segala jenis perjuangan di dalam hidup ini. Rintangan tetap akan datang. Mungkin ada juga suami yang bising kerana rumah jadi KURANG terurus, masakan kegemarannya tidak dapat SELALU kita hidangkan atau insiden-insiden lain yang menunjukkan ketidakmampuan kita menguruskan segalanya dalam satu masa tetapi INGATLAH PARA SUAMI, isteri-isteri anda bukanlah hamba. Lihat wajah mereka, ingatlah keringat ibu anda membesarkan anda dan anak-anak/adik-adik perempuan anda yang bakal menjadi isteri-isteri bg orang-orang lelaki di luar sana. INGATLAH PARA WANITA, walaupun ada lagu SUPERWOMAN yang menyatakan sukar untuk kita menjadi seorang wanita yang kuat/hebat, tetapi percayalah, kita MAMPU untuk menjadi SUPERWOMAN. Kerana anak-anak kita BOLEH!!!! Kuatkan semangat dan selalulah bersyukur dan beristifar kepada Allah s.w.t. Pertahankan rumahtangga anda kerana Allah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...