Saturday, April 19, 2008

Perempuan Murah vs Lelaki Murah

Assalamualaikum kawan2 pembaca yang dihormati,

Topik hari ini sebenarnya telah saya cita setahun lepas tetapi baru sekarang berjaya merealisasikannya dalam bentuk tulisan....

Saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini atas kejadian yang telah menimpa salah seorang daripada rakan karib saya pada tahun lepas.

Selalu kita dengar orang berkata tentang Perempuan Murahan.... dan ciri-ciri Perempuan Murahan adalah perkara yang kita sendiri boleh kenalpasti.... cara pemakaian, cara mereka bergaul, cara kehidupan mereka dll dan kepada mereka sekiranya kita menegur cara mereka melalui kehidupan mereka, rasanya melenting tu bukan perkara yang luarbiasa tetapi lentingan mereka tu boleh menjejak 360 darjah celcius...ahak2!

Cuma tiada siapa ingin mengambil mereka secara serius kerana pada masyarakat sekeliling, mereka menjadi sedemikian kerana kekurangan AKAL.... kalau orang putih... mereka akan panggil golongan ini 'BIMBO'. Bimbo di Malaysia adalah org. yang tidak mempunyai duit tetapi, bimbo di negara barat adalah perempuan yang amat cantik tetapi dalam kepala...kosong!

Hmmm...dasyat-dasyat...di negara Malaysia pula bagaimana? Kebanyakan yang ada otak (berpelajaran) pun di sini ramai yang bekerja seakan-akan GRO...atau mereka panggil mereka di dalam Sales & Marketing , mungkin untuk menaikkan darjat mereka...tapi tak pasal-pasal..kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kesian pulak kepada mereka-mereka yang betul-betul di dalam bidang tersebut.
Kadang-kadang yang berpakaian dan tingkah laku mereka seperti muslim sejati pun membawa perwatakan yang amat murah sekali...hmmm macam mana pulak tu yerrr? Ada yang berkata .." Eleh...bertudung pun buat maksiat"...sebenarnya perkataan itu tidak sepatutnya keluar kerana menutup aurat adalah perkara yang wajib yang disuruh oleh Allah. Baik buruk seseorang itu hanya Allah yang tahu. Sekiranya seorang yang bertudung membuat maksiat dengan seorang yang tidak bertudung membuat maksiat, dosanya tetap sama cuma orang yang tidak bertudung memperolehi dosa tidak menutup aurat manakala yang memakai tudung tidak mendapat dosa mendedahkan aurat mereka. Itu sahaja.

Pada saya seorang wanita itu senang sahaja nak jadi mahal. Ikut sahaja cara yang telah Allah gariskan di dalam Quran & ikutlah petunjuk daripada nabi Muhammad S.A.W. kerana mengikut sejarah Islam, agama Islam telah menaikkan darjat kaum wanita yang sebelum ini dianiaya, digunakan seperti sampah & dianggap seperti barang yang boleh dijual beli.

Tapi kenapa masih ada wanita sekarang yang kita anggap murah. ?Senang sahaja....kerana:
1) Mereka tidak percayakan Islam
2) Mereka Islam tetapi tidak mengikut tata susila sebagai seorang Islam.

CUKUP tentang perempuan....bagaimana pula dengan lelaki murah....? Lelaki seperti perempuan juga, ada yang kita senang sangat nak kenalpasti...daripada cara pemakaian mereka, cara mereka bergaul...dll lagi. Ingat tak di era awal 90-an dimana perkataan bohjan & bohsia selalu diperkataan...tetapi yang tinggal sekarang perkataan bohsia sahaja...kenapa bohjan tiba-tiba sahaja hilang? Kerana ia telah ditukarkan kepada 'Mat Rempit'?...tetapi mereka itu sahajakah kita anggap lelaki murahan? Bukan....

Lelaki murahan adalah lelaki yang mudah terperdaya didalam permainan SYAITAN...seperti harta, wanita & takhta.... 3 faktor utama kejatuhan lelaki. Memanglah kita tengok kekadang mereka ni nampak gah! Yelah...sebab mereka berharta...punyai isteri yang lawa-lawa belaka dan mempunyai kedudukan di dalam masyarakat...muka memang nampak baik padahal...harta banyak daripada yang tidak berkat, takhta kerana hartan & putar belitnya, dan secara otomatik mereka ini akan menarik wanita-wanita yang lebih kurang sama minatnya dengan mereka.

Yang bahayanya ....lelaki murahan pada tahap ini kadangkala susah untuk dikenalpasti tetapi kalau anda perhati betul-betul diraut wajah mereka, kita boleh nampak mereka dengan begitu senangnya boleh menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam. Atau pun mereka sahaja memutar belitkan pemahaman kita tentang agama Islam untuk menampakkan perkara-perkara yang mereka buat itu adalah betul sedangkan terang-terangan ia tidak BETUL sama sekali.
Dengan senangnya terpikat dengan godaan wanita. Dengan senangnya menerima pelawaan rasuah, zina, arak, dadah dll lagi. Ini semua tergolong di dalam kategori lelaki murah.

Memang dunia akan menjadi semakin kurang dengan lelaki & wanita yang bermartabat dan berperwatakan tinggi seperti sahabat-sahabat nabi & para ambiak serta para syuhadah diakhir zaman ini...tetapi tidak salah sekiranya kita duduk dan bermuhasabah diri...di manakah diri kita yang sebenarnya. Apakah kita juga orang yang boleh dikategorikan sebagai murah=senang?

So lepas ni...jangan dok sibuk tengok & berkata-kata tentang perempuan murahan....anda juga mungkin tergolong secara tidak sedar dan sekiranya itu berlaku cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah s.w.t. kerana jangan sampai anda hilang perasaan hormat daripada orang sekeliling terutama sekali yang amat menyayangi anda!!...kerana apabila sudah hilang rasa hormat...dihati mereka sudah tiada tempat untuk anda.

Wallahualam!

Friday, April 18, 2008

Di manakah letaknya kita....

Assalamualaikum kawan2 pembaca yang dikasihi sekalaian,

Hari ini saya telah menerima 1 mel daripada rakan baik saya yang telah bertanyakan saya tentang kedudukan dia di rumahnya setelah membaca satu artikel di bawah:-

KALAU SUAMI Kalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia Kalau suami meninggi suara Itu tandanya dia dah ada mak we Kalau suami mengaku bujang tua Itu tandanya dia nak ngurat anak dara Kalau suami selera tak ada Itu tandanya dia nak pasang dua Kalau suami lambat balik aje Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu Itu tandanya dia dah jemu Kalau suami malam jumaat buat tak tahu Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu Kalau suami garang macam singa Itu tandanya hati dia dah tak cinta Kalau suami asyik komplen aje Itu tandanya dia dah tak suka Kalau suami mula sepak terajang ke muka Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

JIKA SUAMI Jika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi Jika suami sayangkan isteri Kerja rumah rela dikongsi Jika suami sayangkan isteri Kereta diberi suami naik LRT Jika suami sayangkan isteri Duit poket diberi setiap hari Jika suami sayangkan isteri SMS dikirim tanda rindu dihati Jika suami sayangkan isteri Kongsi masalah nasihat dikasi Jika suami sayangkan isteri Diberi ciuman setiap pagi Jika suami sayangkan isteri I love U, I miss U katanya setiap hari Jika suami sayangkan isteri Isteri gemuk, dikatakan seksi Jika suami sayangkan isteri Sakit sikit selongkar laci ubat dicari Jika suami sayangkan isteri Kemana sahaja dibawa pergi Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri Jika suami sayangkan isteri Status berkahwin bangga sekali Jika suami sayangkan isteri Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA. TETAPI ... KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

hmmm...nak kata kita ni lagi banyak Kalau suami dari Jika suami...tapi tak sampai hati nak umpamakan rumahtangga kita bagaikan neraka....kenapa? Kerana kita banyak bersyukur kerana masih lagi mampu mempunyai seorang yang bergelar suami dan boleh kita luahkan segalanya pada seorang yang bergelar suami...

Itulah...kalau luahan kita dah tak mahu didengari di manakah kedudukan kita wahai si isteri...

Hari tu tetiba sahaja suami saya memberitahu saya tentang kerinduannya...dan bagaimana dia nak tanggung perpisahan dengan saya sekiranya dia kena outstation walau sehari pun...hati saya terusik...memang gembira bukan kepalang...tapi dalam masa yang sama musykil kerana dia tidak pernah berbuat / menyatakan sedemikian sehinggakan saya bertanyakan semula kepadanya kenapa tetiba dia berfikiran begitu...adakah dia terbaca sesuatu yang mengingatkan dia kepada saya atau seseorang telah menyatakan sesuatu kepadanya yang menyebabkan dia teringatkan saya....

Bukannya kita ni tak bersyukur tapi kalau konsisten tak apa...ini satu tahun sekali tulah....entah2 artikel di atas pun dia dapat tak....? Tak tahulah...mungkin memang dasar manusia yang mudah lupa dan alpa dengan pemberian Allah. Memang cepat kita ni lupa pengajaran yang telah Allah berikan kepada kita di masa lalu....
Kita masih lagi angkuh dengan sikap kita yang tidak mahu berubah atau bertaubat.

Pada saya...sekiranya anda tidak boleh memberi sepenuh kasih dan sayang anda terhadap pasangan anda....baiklah anda hidup bersendirian...kenapa perlu menyiksa seorang wanita iaitu isteri anda dan dengan begitu angkuh mereka perlu memahami sifat anda dan anda tak perlu memahami sifat mereka?

Kadang-kadang...biler saya terdengar wanita membuat hubungan luar dengan lelaki yang bukan suaminya...terus terang saya tidak menyalahkan mereka....kerana kalau tiada konformasi bahawa suami mereka adalah orang yang baik dan BIJAK dalam menangani rumahtangga...memang suamilah..orang yang perlu disalahkan..kerana dengan ketiadaan sifat kepimpinanlah yang menjadi punca utama dia tidak dapat memberi tunjuk ajar kepada isterinya sehingga isterinya tidak menghormatinya lagi....sorilah kpd sesiapa yang terasa..tapi buatlah muhasabah diri...

Kepada para isteri...cara termudah untuk anda melalui ronak dan duri rumahtangga yang anda sendiri letakkan iaitu samada neraka atau syurga....dakatkanlah diri anda kepada Allah s.w.t. da sentiasalah tingkatkan ilmu pengetahuan agama anda supaya Allah makbulkan kesabaran yang tinggi supaya kita akan dapat rahmat, keberkatan dan hikmah daripadanya. Ingatlah walaupun suami itu org. no.1 dalam hidup kiter....tapi Allah adalah No.1 zat yang hakiki di dalam alam kita.

Wallahualam....

Friday, April 4, 2008

Siapa yang suka buruk sangka....

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian.
Bestkan tajuk di atas?...Hari nih saya ada cerita nak kongsi....tentang MUSLIHAT...
Kadang-kadang kiter ni tak perasan sebenarnya kita ni memberi beberapa reaksi yang membuatkan org. lain tidak ada pilihan untuk berprasangka buruk terhadap diri kita sendiri...terutama sekali apabila kita mulakan langkah kita dengan satu Muslihat/penipuan yang kecil/tidak.

Memanglah kekadang tu kita berkata sendiri biarlah depa nak kata apa katalah...yang penting empunya badan tahu apa yang sebenarnya berlaku...tapi tak kah kita sedari bahawa kalau kita tidak mengelakkan diri daripada difitnah orang pun kita juga punyai dosa dibahagian kita juga. Memang susah mahu menyukakan hati semua org....tapi org. yang utama dalam hidup kita seperti ibubapa, suami/isteri kita, anak2, jiran2.,keluarga, sahabat handai....dan org2 yang kita kategorikan sebagai org yang kita sayangi tidak sepatutnya ada sedetik pun perasaan prasangka buruk itu. Kalau ada pun mesti ada perkara yang kita telah lakukan atau yang sedang kita lakukan tetapi kita tidak menyedari perbuatan tersebut yang menyebabkan perasaan itu datang.

Tuan-tuan dan puan-puan...berapa kalikah kita telah menipu org tersayang kiter kemudian kantul menipunyer? Tidakkah terang-terangan di dalam al-Quran Allah telah mengutuk perbuatan tersebut...tetapi kenapa kita masih lagi suka melakukannya. Berapa kali Allah telah membantu kita dengan memberi peluang beberapa kali untuk kita insaf....

Lambat laun...sekiranya kita tak bertaubat...Allah akan jatuhkan hukuman tersebut terhadap orang yang kita sayangi dengan tujuan untuk menginsafkan kita...dan bukan untuk menyiksa kita dan orang yang kita sayangi itu. Oleh itu berhentilah menipu jika anda masih melakukan penipuan tidak kisahlah samada secara kecil-kecilan atau besar-besaran...kerana jangan pula salahkan org yang berperasangka buruk terhadap anda jika ini berlaku.

Terakhir bagi saya...janganlah pula kita berperasangka buruk terhadap Allah Taala kerana sesungguhnya DIA maha mengetahui dengan apa jua yang terbuku di dalam HATI kita. Terimalah segala dugaan & cubaan yang datang sebagai satu hadiah daripadaNYA sesungguhnya ada hikmah di atas segala apa yang berlaku.

Wallahualam....