Thursday, August 16, 2007

Kematian

Assalamualaikum kekawan,

Semalam saya balik ke kampung suami di atas kematian mak sedaranyer yang tlah kembali ke rahmatullah disebabkan oleh semput. Sesampai jek di sana jenazah sdg diusung dari rumah ibunya ke tanah perkuburan. Setelah selamat dikebumikan kami pun ke rumah ibunya untuk mengucapkan takziah dan menjenguk anak-anaknya(7 org) yang masih kecil.
Sedihnya bukan kepalang melihat mereka yang baru bersekolah , ada yang tengah nak amek exam besor tahun ni dah mengalami kehilangan yang amat sangat. Nak menghulur bantuan dari segi RM, terpikir2 jugek sedangkan diri pun X cukup nikan nak bagi ke orang. Begitulah terdetik hasutan setan sekejap dalam hati ni. Tapi bila dipikir2 dan direnung2 kalaulah kita pergi dijemput ilahi ke alam Barzakh, begitukah yang akan orang lain fikir apabila melihat anak-anak kita?? Mereka kesian, kesian tapi setakat kesian jelah....hai-kesiannyer-bai bai!! Gitu?
Alasannya diri sendiri tak lepas inikan lagi nak bagi kat orang. Lepas tu terpikir pulak kepada Islam yang menyuruh kita berbuat baik kepada sesiapa sahaja sebagaimana yang kita ingin orang berbuat baik pada kita nanti. Mcm orang2 tua2 selalu katelah, jgn kite menderhaka pada ibubapa kita sekiranya kita tak mau diderhakai oleh anok-anok kito.....
So!!!Berbalik kepada kematian tadi....dah setel ngan anak2 ni tadi kami pun berjumpa ngan ibu allahyarhamah yang tak habis-habis mengomen tentang ank menantunya yang pada dia telah membuatkn anak perempuannya merana sampai mati.Tengok pada pakcik suami ni, memanglah lebih banyak yang POYO daripada yang OK so bila maknya bercakap sedemikian Xlah kami tidakkan tapi...anaknya baru jek mati.Perjalanan hidup dia, dia yang pilih. Dia pasrah, kecewa, bosan atau merana, itu jalan dia yang pilih. Rasanye X ada guna nak kesali perangai suaminya yang membuatkan dia merana sampai ke mati. Tengoklah apa yang kita dah cuba sedaya upaya kita untuk bantu menyenangkan dirinya sewaktu hidup dulu.
Setiap perkara yang terjadi di dunia ini ada pengajarannya. Bukan pada org. yang diuji juga tetapi kepada org2 di sekelilingnya.Nak gaduh dengan bapak bagi cucu-cucunya buat apa? Bukan dapat kembalikan anaknya. Janganlah kita riak semata-mata kerana kita hidup senang sekarang.Renungkan apa yang telah kita 'contribute' semasa membesarkannya? Ada tak perkara yang X sepatutnya kita lakukan kita telah lakukan??
Dengar2 allahyarhamah adalh tunangan org tetapi berkahwin lari bersama pakcik ni....Wallahualammisawab...
Sama-samalah kita renungkan...

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...