Monday, July 30, 2007

Barakah

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Apa khabar anda hari ini? Sihat? Dah lama juga saya tidak mengemaskini blog saya ni. Harap tidak bosan menunggu isu apa yang akan di utarakan kali ini…Maklumlah, musim hujan semenjak kebelakangan ni mungkin akan belembabtan lagi cara kita berfikir.....

Baiklah. Kali ini saya ingin mengutarakan permasaalahan yang telah ujud sejak berzaman lagi, tetapi walaupun ramai yang berusaha mengejarnya, tetapi hanya 5% sahaja yang betul-betul menikmati hasilnya….apa masaalah nye tu?....RM…DUIT…ONGKOS…atau apa lagi sebutan yang seerti dengan nya. Kenapa pulak kaitannya dengan nikmat?

Cuba hayati cerita dia bawah ni dahulu sebelum membuat kesimpulan,

Kisah-1 - Hidup Berkat
Ketika belajar di universiti, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus>mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir limajam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, >Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.


Kisah-2 Hidup Tanpa Berkat
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam(bukan>nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya >tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Macamana? Tak da ke perasaan "macam kenal je...." atau "macam perli je...." di hati anda selepas membacanya? Memang benar agak sukar untuk kita mengikuti lamgkah Salleh di Kisah 1, tapi untuk itu, bagi isu kali ini, saya ada membawakan satu buku yang membolehkan anda merasai, walaupun tidak banyak, keberkatan hasil dari titik peluh anda selama ini. Cuba lawati laman web ini untuk keterangan lanjut...

http://www.unitamanah.com/agen/idevaffiliate.php?id=219

Ataupun kepada mereka yang ingin berkongsi pengalaman atau cerita-cerita anda, di persilakan untuk meningalkan komen anda di ruangan yang disediakan.

Lagi satu pilihan, tinggalkan email anda, atau hubungi kami di sayang73@gmail.com
untuk sebarang temujanji.

Jangan lupa untuk melawat http://www.unitamanah.com/agen/idevaffiliate.php?id=219 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...