Wednesday, July 25, 2007

Syukur

Assalamualaikum w.b.t.



Apa khabar anda pada hari ini? Apa khabar keluarga anda pada hari ini? Sudahkah anda memanjat kesyukuran kerana masih lagi berada di sisi orang-orang tersayang ataupun sudahkah anda renung-renungkan kenapa pagi-pagi lagi isteri / suami anda telah memulakan harinya dengan keluhan atau pun muka yang kelat mencuka.

Tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya kita ingin menempatkan diri kita di antara orang-orang yang beriman dan beramal soleh, perkara pertama yang patut kita lihat adalah diri kita dahulu. Jangan bertanyakan diri kita KENAPA dugaan datang menimpa tapi APA yang akan Allah berikan padaku sekiranya aku berjaya melepasi dugaan kali ini?

Ingatlah , tidak akan turun apa-apa dugaan kepada kita daripada Allah s.w.t. sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya. Kerana tiada siapa pun yang tahu akan diri kita yang sebenar kecuali Allah s.w.t. Tiada sesiapa yang boleh membaca isi hati kita yang sebenar kecuali Allah s.w.t. Oleh itu, bersyukurlah saudara-saudaraku sebelum ajal menemuimu dan sebelum kau sempat menyatakan sayang kepada anak isteri / suamimu.

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...