Thursday, October 20, 2011

Tentang mati...



Assalamualaikum wahai sidang pembaca yang dikasihi.






Terpanggil saya untuk berkongsi pengalaman bersama anda lagi pada hari ini. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang mendung sejak akhir-akhir ini dipetang hari menyebabkan saya rasa apa salahnya sekiranya saya dapat mencoretkan apa yang terlintas difikiran saya pada sebentar tadi.






Kelmarin, selepas selesai makan malam, sementara menunggu kepulangan suami, saya mengajak anak-anak berbual. Saya jadikan ini sebagai satu keutamaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu di dalam kesibukan harian saya mengejar masa daripada pagi hingga kemalamnya. Pada hari tersebut saya berkongsi dengan mereka tentang MATI. Tentang kematian.






Anak-anak saya ada 5 orang. 2 lelaki dan 3 perempuan. 3 orang yang pertama berjarak 1 tahun 1. dan yang ke 3 dan 4 kedua-duanya berjarak 4 tahun dengan yang sebelumnya. Suami dan saya selalu risau menapa mereka ni tak berhenti-henti bergaduh. Secara fizikal mahupun verbal. Macam-macam sudah kami cuba namun penghasilannya hampa sehinggalah saya terdengar kata-kata seorang ustaz tentang mati. Katanya ada 3 golongan di dalam dunia ini:-



1) Golongan yang takut mati



2) Golongan yang ingat akan mati



3) Golongan yang lupa akan adanya mati






Dimanakah kedudukan kita?...









Jadi saya pun berkongsi dengan anak-anak tentang 3 golongan ini dan saya menyuruh mereka memilih. Dimanakah kedudukan mereka. Semua tertunduk dan melihat saya dengan mata yang amat sayu. Saya menyuruh mereka membayangkan sekiranya malaikat maut menjemput sesiapa di antara adik-beradik mereka sebelum mereka dapat berdamai. Apakah mereka akan rasa gembira atau sebaliknya? Saya juga berkata sekiranya Allah menentukan saya dan suami pergi sebelum sempat saya melihat perdamaian berlaku...apakah yang akan berlaku? Bersyukurlah anak-anak mak...pesanku...bersyukur adik-adik masih ada, abang dan kakak masih ada, mak dan ayah masih ada dll kerana sesungguhnya yang tidak baik bagi kita pada masa itu adalah mungkin yang terbaik untuk kita buat masa itu. Hanya Allah maha mengetahui.






Sejak daripada hari itu, saya melihat hubungan antara mereka semakin pulih daripada sebelum ini. Mereka mempunyai rasa lebih tanggungjawab, lebih gelak ketawa daripada jeritan-jeritan yang amat menyakitkan. Mereka mempunyai lebih rasa kasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana kita mengingatkan mereka tentang MATI.






Memang benar firman Allah s.w.t :



" Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)" Nuh (71):4






Ingatlah wahai kawan-kawan sidang pembaca, Allah meletakkan kita sama sahaja. Sekiranya baik untuk kita, maka ia juga adalah baik untuk anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita kerana Al Quran adalah untuk semua golongan di semua pelosok dunia pada bila-bila masa di mana jua. Sebelum berbuat perkara yang mungkar..ingatlah pada hari mati kita dan orang tersayang...dan teruslah bertaubat...Wallahualam...



No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...