Thursday, October 27, 2011

FB disalah gunakan....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ,






Ada statistik dari Pejabat agama Negeri Sembilan yang menyatakan punca penceraian yang berlaku di negeri itu kebanyakannya disebabkan oleh Facebook (FB). Rasa-rasanya mengapakah perkara ini berlaku?






Sepertimana yang ustaz di IKIM.FM pernah menyatakan ditazkirah pagi, sekiranya kita menghantar anak-anak kita ke sesebuah Universiti dan daripada mereka sepatutnya keluar menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, mereka 'end up' menjadi 'sampah masyarakat'...adakah ini disebabkan oleh Universiti yang salah?...atau pun anak-anak kita yang salah memilih kawan dan aktiviti-aktiviti harian mereka?






Sama seperti di Facebook....walaupun Facebook dihasilkan oleh seorang warga Amerika iaitu Mike Zuckerberg; namun gunakanlah akal fikiran yang bijaksana untuk menggunakan facebook itu ke arah yang diredhai Allah...sebagai contoh;



1)sekiranya kita seorang 'business man/woman'...ada banyak aplikasi 'business page' yang kita boleh gunakan...kalau tak tahu tentang internet...belajar lah....



2)sekiranya kita seorang yang sudah berumahtangga mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan adik-beradik ramai sehinggakan tak sempat untuk kita berhubung dengan mereka, ader Group page yang kita boleh 'create' untuk kita berhubung antara satu sama lain dengan tidak diganggu oleh kawan-kawan yang lain...jadi untuk kita bercakap tentang aktiviti 'P&C' keluarga kita boleh maklumkan di page ini.



3)sekiranya anda seorang pelajar yang mempunyai kumpulan sendiri, anda juga boleh membuat page tertutup hanya untuk kumpulan anda.



4)Sekiranya anda ada 'gang' masak-memasak atau gang sekolah lama..atau gang bas sekolah(heheheh)...anda boleh membuat kumpulan tertutup atau terbuka...



5)Sekiranya anda ada 'event/occassion' nak jemput kawan-kawan walaupun kawan kita berada di Afrika sekali pun...dengan hanya menekan butang invite di 'event page' sahaja rakan anda akan berbesar hati menerima ajakan anda...






Jadi mengapa kita tidak menggunakan FB ini secara positif? Mengapa perlu kita bergerak secara gelap untuk menghubungkan diri kita dengan orang-orang yang boleh membawa kita ke lembah kehinaan. Tahukah kita walaupun tiada siapa yang mengetahui akitiviti tidak sihat kita, namun Allah sentiasa mengetahuinya dan tidak mustahil sekiranya orang yang kita tidak mahu memberitahu tentang aktiviti gelap tersebut, akan tetap mengetahuinya jua dengan cara lain?






Percayalah pada KUN FA YA KUN...sesungguhnya takutilah pada Allah. Sekiranya kita ikhlas melakukan segala aktiviti kerana Allah, insyaAllah...walaupun tidak besar, namun ia boleh dijadikan ibadah dan amalan untuk kita kumpul dan bawanya ke akhirat kelak.






Kepada suami-suami dan isteri-isteri yang bercerai kerana FB... ingatlah semula niat anda sebelum berkahwin...adakah anda berkahwin kerana FB? atau anda berkahwin kerana Allah?,,






renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...