Saturday, April 19, 2008

Perempuan Murah vs Lelaki Murah

Assalamualaikum kawan2 pembaca yang dihormati,

Topik hari ini sebenarnya telah saya cita setahun lepas tetapi baru sekarang berjaya merealisasikannya dalam bentuk tulisan....

Saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini atas kejadian yang telah menimpa salah seorang daripada rakan karib saya pada tahun lepas.

Selalu kita dengar orang berkata tentang Perempuan Murahan.... dan ciri-ciri Perempuan Murahan adalah perkara yang kita sendiri boleh kenalpasti.... cara pemakaian, cara mereka bergaul, cara kehidupan mereka dll dan kepada mereka sekiranya kita menegur cara mereka melalui kehidupan mereka, rasanya melenting tu bukan perkara yang luarbiasa tetapi lentingan mereka tu boleh menjejak 360 darjah celcius...ahak2!

Cuma tiada siapa ingin mengambil mereka secara serius kerana pada masyarakat sekeliling, mereka menjadi sedemikian kerana kekurangan AKAL.... kalau orang putih... mereka akan panggil golongan ini 'BIMBO'. Bimbo di Malaysia adalah org. yang tidak mempunyai duit tetapi, bimbo di negara barat adalah perempuan yang amat cantik tetapi dalam kepala...kosong!

Hmmm...dasyat-dasyat...di negara Malaysia pula bagaimana? Kebanyakan yang ada otak (berpelajaran) pun di sini ramai yang bekerja seakan-akan GRO...atau mereka panggil mereka di dalam Sales & Marketing , mungkin untuk menaikkan darjat mereka...tapi tak pasal-pasal..kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kesian pulak kepada mereka-mereka yang betul-betul di dalam bidang tersebut.
Kadang-kadang yang berpakaian dan tingkah laku mereka seperti muslim sejati pun membawa perwatakan yang amat murah sekali...hmmm macam mana pulak tu yerrr? Ada yang berkata .." Eleh...bertudung pun buat maksiat"...sebenarnya perkataan itu tidak sepatutnya keluar kerana menutup aurat adalah perkara yang wajib yang disuruh oleh Allah. Baik buruk seseorang itu hanya Allah yang tahu. Sekiranya seorang yang bertudung membuat maksiat dengan seorang yang tidak bertudung membuat maksiat, dosanya tetap sama cuma orang yang tidak bertudung memperolehi dosa tidak menutup aurat manakala yang memakai tudung tidak mendapat dosa mendedahkan aurat mereka. Itu sahaja.

Pada saya seorang wanita itu senang sahaja nak jadi mahal. Ikut sahaja cara yang telah Allah gariskan di dalam Quran & ikutlah petunjuk daripada nabi Muhammad S.A.W. kerana mengikut sejarah Islam, agama Islam telah menaikkan darjat kaum wanita yang sebelum ini dianiaya, digunakan seperti sampah & dianggap seperti barang yang boleh dijual beli.

Tapi kenapa masih ada wanita sekarang yang kita anggap murah. ?Senang sahaja....kerana:
1) Mereka tidak percayakan Islam
2) Mereka Islam tetapi tidak mengikut tata susila sebagai seorang Islam.

CUKUP tentang perempuan....bagaimana pula dengan lelaki murah....? Lelaki seperti perempuan juga, ada yang kita senang sangat nak kenalpasti...daripada cara pemakaian mereka, cara mereka bergaul...dll lagi. Ingat tak di era awal 90-an dimana perkataan bohjan & bohsia selalu diperkataan...tetapi yang tinggal sekarang perkataan bohsia sahaja...kenapa bohjan tiba-tiba sahaja hilang? Kerana ia telah ditukarkan kepada 'Mat Rempit'?...tetapi mereka itu sahajakah kita anggap lelaki murahan? Bukan....

Lelaki murahan adalah lelaki yang mudah terperdaya didalam permainan SYAITAN...seperti harta, wanita & takhta.... 3 faktor utama kejatuhan lelaki. Memanglah kita tengok kekadang mereka ni nampak gah! Yelah...sebab mereka berharta...punyai isteri yang lawa-lawa belaka dan mempunyai kedudukan di dalam masyarakat...muka memang nampak baik padahal...harta banyak daripada yang tidak berkat, takhta kerana hartan & putar belitnya, dan secara otomatik mereka ini akan menarik wanita-wanita yang lebih kurang sama minatnya dengan mereka.

Yang bahayanya ....lelaki murahan pada tahap ini kadangkala susah untuk dikenalpasti tetapi kalau anda perhati betul-betul diraut wajah mereka, kita boleh nampak mereka dengan begitu senangnya boleh menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam. Atau pun mereka sahaja memutar belitkan pemahaman kita tentang agama Islam untuk menampakkan perkara-perkara yang mereka buat itu adalah betul sedangkan terang-terangan ia tidak BETUL sama sekali.
Dengan senangnya terpikat dengan godaan wanita. Dengan senangnya menerima pelawaan rasuah, zina, arak, dadah dll lagi. Ini semua tergolong di dalam kategori lelaki murah.

Memang dunia akan menjadi semakin kurang dengan lelaki & wanita yang bermartabat dan berperwatakan tinggi seperti sahabat-sahabat nabi & para ambiak serta para syuhadah diakhir zaman ini...tetapi tidak salah sekiranya kita duduk dan bermuhasabah diri...di manakah diri kita yang sebenarnya. Apakah kita juga orang yang boleh dikategorikan sebagai murah=senang?

So lepas ni...jangan dok sibuk tengok & berkata-kata tentang perempuan murahan....anda juga mungkin tergolong secara tidak sedar dan sekiranya itu berlaku cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah s.w.t. kerana jangan sampai anda hilang perasaan hormat daripada orang sekeliling terutama sekali yang amat menyayangi anda!!...kerana apabila sudah hilang rasa hormat...dihati mereka sudah tiada tempat untuk anda.

Wallahualam!

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...