Wednesday, April 3, 2013

Diari 3 April, 2013

Sekadar renungan...
 
Adilnya Allah SWT kerana menyuruh manusia menjauhi zina, lalu Allah SWT menetapkan jodoh. Tetapi manusia sering merasakan yang mereka lebih pandai mencari jodoh mereka sendiri. Hakikatnya perbuatan ini sangat mudah menjebakkan manusia ke arah zina. Sedangkan Allah SWT bukan sekadar menghalang manusia berzina, tetapi ju...ga menghalang manusia 'mendekati' zina. Teringat perbicaraan seorang ustaz di radio IKIM bulan lepas, menceritakan mengenai Nabi Yusuf dan Zulaikha. Manusia begitu ramai tertipu dengan hubungan sebelum perkahwinan yang kononnya 'dalam batasan'. Namun hakikatnya hubungan yang kelihatan cantik dan dalam batasan itu tetapi juga dicemari 'syahwat' di hati. Sesungguhnya syaitan tidak pernah berputus asa dan menggunakan pelbagai cara untuk menipu manusia. Ustaz mengingatkan kita mengenai perkataan yang perlu digunakan untuk menghindarkan gangguan begini dengan menyebut ayat yang diguna Nabi Yusuf semasa menolak ajakan Zulaikha iaitu: Aku takut pada Allah SWT.
 
dipetik dari status rakan saya di wall FBnya pagi tadi...
 
Aku takut pada Allah...tetapi apabila ditanya bila nak sembahyang jawapannya 'kejap lagi ah'
Aku takut pada Allah...tetapi apabila disuruh bertaubat...angguk sahaja kepalanya...
Aku takut pada Allah...tetapi apabila ditegur untuk menghentikan tabiat buruknya memarahi pula penegurnya...
 
Memang benar hidayah untuk bertaubat nasuha itu datangnya daripada Allah...tetapi sekiranya di hati kita tidak langsung ada perasaan malu pada Allah...sedarlah...masih adakah esok untuk kita?
Berapa kali dalam sehari kita terfikir tentang kematian kita?
 
renung-renungkan dan selamat beramal kawan-kawan
 
 

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...