Wednesday, June 27, 2012

Tiada Jalan Pintas

Assalamaualaikum dan selamat sejahtera sidang pembaca yang dirindui,

Masa untuk bercerita di dalam bahasa kebanggan kita bahasa Malaysia. Sedar tidak sedar sudah 2 bulan saya meninggalkan blog ini untuk menghadapi kehidupan harian yang cukup mencabar akal, minda serta fizikal.

Tajuk yang ingin saya kupaskan pada hari ini adalah ' Tiada Jalan Pintas ' atau pun dalam bahasa yang kita selalu dengari iaitu 'No Short Cut'...

Kadang-kadang kita selalu berfikir, kenapa kita tidak bahagia, atau kenapa di tempat kerja ada sahaja orang yang selalu mengganggu pekerjaan kita, atau kenapa suami/isteri dan anak-anak selalu meminta-minta benda-benda yang kita tidak suka, atau kenapa senang sangat kita bosan dengan teman hidup kita sekarang ini, atau kenapa kita selalu curang, sekiranya kita anak, mungkin kita selalu berfikir kenapa ibubapa kita tidak memahami perasaan kita....dan lain-lain fikiran yang negatif yang selalu kita kita dambakan jawapan yang tidak kunjung tiba.

Tidakkah kita sedar yang perkara-perkara negatif yang berlaku kepada kita adalah akibat daripada kita mahukan jawapan yang cepat dan ringkas?

Kehidupan adalah realiti hidup yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita untuk kita belajar dan mengambil ikhtibar supaya kita akan menjadi semakin bijak untuk memilih, melaksanakan, memberi, berusaha, istiqamah di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang suami yang selalu curang terhadap isteri anda, pernahkah anda bertanyakan kepada diri anda...kenapa anda curang? Adakah ia disebabkan kekurangan isteri anda? Atau kekurangan anda?

Di dalam Islam, perkahwinan adalah tanggungjawab. Sebagai seorang ketua keluarga, samada kita suami atau isteri kepada seseorang, kita perlu sentiasa muhasabah diri dan sentiasa mempertingkatkan diri untuk menjadi yang lebih baik kepada pasangan kita mahu pun kepada anak-anak kita supaya kita sedar bahawa Allah menjadikan kita sentiasa tidak sempurna.

Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Sekiranya kita mendapati yang pasangan kita sudah tidak lagi serasi dengan kita, JALAN PINTAS nya adalah, cari pasangan lain yang lebih serasi dan teruskan hidup ke arah kebahagiaan?
Astaghfirullahalazim....dimanakah letaknya kita di mata Allah?...

Tahukah kita bahawa sekiranya kita mengambil langkah mudah dengan sentiasa mencari jalan pintas,...kita akan meneruskan hidup kita di dunia ini dengan sentiasa mencari JALAN PINTAS. Mungkin di dunia ini kita terlepas...tetapi sedarlah wahai kawan-kawan bahawasanya di akhirat nanti, tidak akan ada sama sekali JALAN PINTAS untuk kita.

Sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk mejalani kehidupan ke arah keberkatan Allah, bersujud dan bertaubatlah kepada Allah. Mintalah pengampunan kepadaNya terhadap perkara-perkara yang mungkin kita tidak sedar kita melakukannya. Boleh jadi kita dikhianati oleh rakan atau teman yang kita yang kita sangka baik, atau mungkin kita diuji dengan ujian-ujian yang amat perit untuk kita lalui, mungkin kita sudah buntu untuk mencari jalan keluar daripada masalah yang kita hadapi....namun kita harus sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa ada untuk kita, sentiasa memerhatikan kita, sentiasa menunggu saat kita bersujud dan meminta daripadaNya.

Keindahan sifat Allah yang berbeza dengan manusia adalah Allah suka sekiranya hambanya meminta-minta daripadaNya. Sentiasa...meminta-meminta kepadaNya... manusia akan jemu sekiranya rakan-rakan mahupun ahli keluarga sentiasa meminta-minta daripadanya bukan?....tetapi bukan Allah. Allah adalah perancang yang terbaik. Hanya Allah seorang sahaja yang tahu akan isi hati kita. Jadi merataplah kepadaNya, berusahalah ke arah kebaikan, berusahalah ke arah keberkatan, berusahalah ke arah kehidupan yang dirheai Allah. Hentikanlah pencarian JALAN PINTAS, JALAN PINTAS ini...kebahagiaan yang hakiki tiada jalan pintas, kesenangan yang hakiki tiada jalan pintas, kecerdikan yang diberkati Allah tiada jalan pintas...dunia hanyalah sementara...carilah jalan ke arah syurga Allah di akhirat nanti kerana perjalanan hidup kita yang sebenar adalah ke arah itu...

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...