Tuesday, October 23, 2007

Ketenangan Jiwa

Dear Readers, Assalamualaikum;

What is wrong with this scene?

A husband cheats on his wife thru sms and mobile for the 5th time. Wife got to know, met the 3rd person to stop contacting him as well as told her husband off. Husband agrees & promised to change but change his phone number and keep on deleting his daily correspondence in his mobile.(To cover up??)FYI the old number is rgistered under wife's name thus wife can view the call statement that's been done.

If you were his wife,

1)would you feel at ease??
2)would you give him the trust that he claimed he have the right to have?
3)he was asking for a new handphone and ignore his wife request to use the old number. What would you do?
4)do you think your husband respect & love you with all these outcome after all that he has done??

If you have any feedback , feel free to right it on in the comment section below.

1 comment:

  1. Sebagai seorang wanita yang mempunyai seorang suami dan beberapa pengalaman yang seakan, aku memahami setiap detik kepahitan yang dirasai oleh si isteri.

    Dipendekkan cerita, suamiku ini boleh lah dikatakan 'ada rupa' walaupun tidaklah sekacak Tom Cruise.

    Kecurangan pertama adalah pada tahun ke-2 perkahwinan kami. Aku mendapat tahu suami mempunyai buah hati diluar. Dengan izin Tuhan, aku diberi peluang untuk melihat sendiri kecurangan si suami.

    Suami mengaku sepenuhnya tentang apa yang berlaku dan dihadapanku suami meng'iya'kan tentang kasihnya pada wanita lain.

    Aku terlalu mencintai suamiku dan walaupun aku menangis setiap kali teringatkan perlakuannya, aku tetap cuba untuk menguatkan diri untuk memberikanny sekuntum senyuman and kasih sayang yang tak berbelah bahagi setiap kali aku bersama suamiku.

    Kerana kasihankan diriku yang selalu sahaja menangis, suamiku mengambil keputusan untuk tidak menghubungi wanita itu lagi - kebetulan wanita itu bekerja and tinggal di daerah yang lain.
    Tetapi, setelah suami memutuskan untuk tidak menghubungi wanita itu lagi, aku dapat melihat kemurungan di wajahnya yang tidak dapat disembunyikannya.Suamiku menjadi sangat pendiam, sentiasa murung dan badanya juga menjadi semakin susut.
    Kerana bimbangkan keadaan dirinya, aku bertanya suatu hari,'adakah ini disebabkan oleh 'Laila'(bukan nama sebenar). Suamiku hanya mendiamkan diri. Tidak meng'iya'kan, tidak juga menidakkan. Aku mengerti sungguh 'diam' yang dimaksudkan lalu memberanikan diri untuk mengizinkan suamiku untuk menghubungi Laila. Suamiku hanya berdiam diri kemudian berlalu pergi. Aku merasakan suamiku mungkin berpindah ke bilik yang lain untuk menghubungi Laila. Aku tidak tahu berapa lama mereka berhubungan melalui telefon pada malam itu, tetapi apabila suamiku masuk kembali ke bilik kami, suamiku menyatakan bahawa Laila ingin berjumpa dengannya. Hatiku remuk, pedih, menangis, sakit..nafasku seakan tersekat. Aku cuma terdiam melihat wajah suamiku yang umpama meminta simpatiku. Kerana terlalu cinta dan sayang pada suamiku, aku tidak sampai hati melarangnya pergi.

    Pada keesokkan harinya, aku sendiri menghantarnya ke lapangan terbang supaya suami tercinta boleh bertemu Laila.

    Aku menangis..menjerit..tapi aku tidak sampai hati melihat suamiku menderita.

    Suamiku bersama dengan Laila selama seminggu. Suamiku bertmbah ceria sekarang walaupun tidak pernah aku bertanya apa yang telah berlaku ketika bersama Laila. Kalau dulu suami akan bersembunyi2 untuk menghubungi Laila, tapi sekarang suami akan berbuat demikian dihadapanku.Walaupun hancur hatiku, aku tidak pernah melarangnya untuk menghubungi Laila.Mungkin aku merasa lebih merana sekiranya suamiku tidak bahagia.

    Selepas peristiwa tersebut, aku tidak pernah bertanya tentang Laila kerana tidak ingin hatinya tercuit. Aku mengambil keputusan untuk memendamnya.

    Aku tidak tahu, mungkin kecurangan pertama ini adalah starting point kepada 'kenakalan2' suamiku yang lain. Selain Laila, suamiku juga mempunyai beberapa orang kekasih. Suami akan memutuskan salah satu daripada perhubungan2nya sekiranya aku mendapat tahu tentang kekasih2 lainnya, kemudian akan membuat perhubungan lain lagi dengan wanita lain.

    Selama bertahun tahun suamiku berkelakuan sebegini.

    Sakit hatiku tidak siapa yang tahu tapi kerana cinta, aku setia di sisinya. asalkan suamiku pulang kepangkuanku setiap malam, tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, menjagaku ketika sakitku, rasanya aku tidak memerlukan lebih daripada itu.

    Pada hari ini, pada waktu ini, jugak pada detik ini, suami tercinta sedang berada disisiku memberikan cerita kami. Malah suami tercinta jugalah yang menjumpai blogspot dan memintaku untuk menceritakan apa yang telah aku alami dan harungi.

    Suami tercinta bukanlah manusia ciptaan Tuhan yang sempurna. Diberikan akal, tetapi tidak digunakan sebaiknya.Tetapi apa yang penting adalah kukuhnya kasih seorang isteri kepada suami kerana hanya kasih isteri yang boleh melemahkan ego seorang suami. Suami berkata ,'THIS TO SHALL PASS'. Tiada gunanya menyalahkan/membenci suami ataupun wanita2 yang pernah dicintainya kerana perasaan itu akan merosakkan pemikiran dan rasional si isteri. Tidak mudah untuk saya harungi peristiwa demi peristiwa yang telah menimpaku tetapi aku percaya aku boleh menangi hati suamiku dengan cinta and kasihku yang penuh buatnya.

    Aku tidak tahu bagaimana ia berlaku tetapi suamiku telah kembali kepadaku sepenuhnya. Aku tidak tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Mungkin hal yang sama akan berlaku atau mungkin juga tidak. Hidup penuh dengan kemungkinan2 yang tidak dapat kita ramalkan tapi berikanlah kasih dan saying yang tidak terhingga kepada suami kerana ia adalah satu2nya mukjizat yang boleh menyedarkan suami siapa yang paling diperlukannya di kemudian hari.

    ReplyDelete

Feel free readers in your own ways & language to leave any comments or your own experience is much appreciated...