Thursday, October 20, 2011

Tentang mati...



Assalamualaikum wahai sidang pembaca yang dikasihi.






Terpanggil saya untuk berkongsi pengalaman bersama anda lagi pada hari ini. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang mendung sejak akhir-akhir ini dipetang hari menyebabkan saya rasa apa salahnya sekiranya saya dapat mencoretkan apa yang terlintas difikiran saya pada sebentar tadi.






Kelmarin, selepas selesai makan malam, sementara menunggu kepulangan suami, saya mengajak anak-anak berbual. Saya jadikan ini sebagai satu keutamaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu di dalam kesibukan harian saya mengejar masa daripada pagi hingga kemalamnya. Pada hari tersebut saya berkongsi dengan mereka tentang MATI. Tentang kematian.






Anak-anak saya ada 5 orang. 2 lelaki dan 3 perempuan. 3 orang yang pertama berjarak 1 tahun 1. dan yang ke 3 dan 4 kedua-duanya berjarak 4 tahun dengan yang sebelumnya. Suami dan saya selalu risau menapa mereka ni tak berhenti-henti bergaduh. Secara fizikal mahupun verbal. Macam-macam sudah kami cuba namun penghasilannya hampa sehinggalah saya terdengar kata-kata seorang ustaz tentang mati. Katanya ada 3 golongan di dalam dunia ini:-



1) Golongan yang takut mati



2) Golongan yang ingat akan mati



3) Golongan yang lupa akan adanya mati






Dimanakah kedudukan kita?...









Jadi saya pun berkongsi dengan anak-anak tentang 3 golongan ini dan saya menyuruh mereka memilih. Dimanakah kedudukan mereka. Semua tertunduk dan melihat saya dengan mata yang amat sayu. Saya menyuruh mereka membayangkan sekiranya malaikat maut menjemput sesiapa di antara adik-beradik mereka sebelum mereka dapat berdamai. Apakah mereka akan rasa gembira atau sebaliknya? Saya juga berkata sekiranya Allah menentukan saya dan suami pergi sebelum sempat saya melihat perdamaian berlaku...apakah yang akan berlaku? Bersyukurlah anak-anak mak...pesanku...bersyukur adik-adik masih ada, abang dan kakak masih ada, mak dan ayah masih ada dll kerana sesungguhnya yang tidak baik bagi kita pada masa itu adalah mungkin yang terbaik untuk kita buat masa itu. Hanya Allah maha mengetahui.






Sejak daripada hari itu, saya melihat hubungan antara mereka semakin pulih daripada sebelum ini. Mereka mempunyai rasa lebih tanggungjawab, lebih gelak ketawa daripada jeritan-jeritan yang amat menyakitkan. Mereka mempunyai lebih rasa kasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana kita mengingatkan mereka tentang MATI.






Memang benar firman Allah s.w.t :



" Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)" Nuh (71):4






Ingatlah wahai kawan-kawan sidang pembaca, Allah meletakkan kita sama sahaja. Sekiranya baik untuk kita, maka ia juga adalah baik untuk anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita kerana Al Quran adalah untuk semua golongan di semua pelosok dunia pada bila-bila masa di mana jua. Sebelum berbuat perkara yang mungkar..ingatlah pada hari mati kita dan orang tersayang...dan teruslah bertaubat...Wallahualam...



Between inspiration & miracle ...

Salam readers,

It has been a while. I have missed writing but time is not permittable as I have to continue setting priorities and finding the right path to set my life and the life of my love ones.

In 2009, I have decided to change job. A job where I can use my Japanese Language skill. Of course this job is in a Japanese Company. I have helped to set up the company from hmmm...not from scratch but from after a bit of a scratch haha..

Then I met up with amazing people, mostly young Malaysians from different backgrounds, race, culture and religions. They have inspired me to be a better person. One thing about inspirations, when you experience it, you can actually feel it heightened your spiritual potential because I have felt it then.

5 days a week with no maid and working sometimes until back at 7.8.9 at night, then having to face your 5 kids, a hubby that despise uncleanliness...the world seems not a place to stay. BUT!!...when you remember that Allah is watching and know how you feel, the world feels a place full of hopes. I did that... I put on high hopes to Allah...for I know that he will always hear me, understands me, love me & never forgets me. I call this Allah's miracle. We don't know how He did it, or how impossible it may seem but only He can do it. I believe in Miracle for I believe in Allah...for when he says "kun faya kun" and so it will become.

Come my dear readers, let us put our praise to Allah and work towards the greatest height to be a caliph in this world. I shall write my next post in Malay Language so behold....

Saturday, April 19, 2008

Perempuan Murah vs Lelaki Murah

Assalamualaikum kawan2 pembaca yang dihormati,

Topik hari ini sebenarnya telah saya cita setahun lepas tetapi baru sekarang berjaya merealisasikannya dalam bentuk tulisan....

Saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini atas kejadian yang telah menimpa salah seorang daripada rakan karib saya pada tahun lepas.

Selalu kita dengar orang berkata tentang Perempuan Murahan.... dan ciri-ciri Perempuan Murahan adalah perkara yang kita sendiri boleh kenalpasti.... cara pemakaian, cara mereka bergaul, cara kehidupan mereka dll dan kepada mereka sekiranya kita menegur cara mereka melalui kehidupan mereka, rasanya melenting tu bukan perkara yang luarbiasa tetapi lentingan mereka tu boleh menjejak 360 darjah celcius...ahak2!

Cuma tiada siapa ingin mengambil mereka secara serius kerana pada masyarakat sekeliling, mereka menjadi sedemikian kerana kekurangan AKAL.... kalau orang putih... mereka akan panggil golongan ini 'BIMBO'. Bimbo di Malaysia adalah org. yang tidak mempunyai duit tetapi, bimbo di negara barat adalah perempuan yang amat cantik tetapi dalam kepala...kosong!

Hmmm...dasyat-dasyat...di negara Malaysia pula bagaimana? Kebanyakan yang ada otak (berpelajaran) pun di sini ramai yang bekerja seakan-akan GRO...atau mereka panggil mereka di dalam Sales & Marketing , mungkin untuk menaikkan darjat mereka...tapi tak pasal-pasal..kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kesian pulak kepada mereka-mereka yang betul-betul di dalam bidang tersebut.
Kadang-kadang yang berpakaian dan tingkah laku mereka seperti muslim sejati pun membawa perwatakan yang amat murah sekali...hmmm macam mana pulak tu yerrr? Ada yang berkata .." Eleh...bertudung pun buat maksiat"...sebenarnya perkataan itu tidak sepatutnya keluar kerana menutup aurat adalah perkara yang wajib yang disuruh oleh Allah. Baik buruk seseorang itu hanya Allah yang tahu. Sekiranya seorang yang bertudung membuat maksiat dengan seorang yang tidak bertudung membuat maksiat, dosanya tetap sama cuma orang yang tidak bertudung memperolehi dosa tidak menutup aurat manakala yang memakai tudung tidak mendapat dosa mendedahkan aurat mereka. Itu sahaja.

Pada saya seorang wanita itu senang sahaja nak jadi mahal. Ikut sahaja cara yang telah Allah gariskan di dalam Quran & ikutlah petunjuk daripada nabi Muhammad S.A.W. kerana mengikut sejarah Islam, agama Islam telah menaikkan darjat kaum wanita yang sebelum ini dianiaya, digunakan seperti sampah & dianggap seperti barang yang boleh dijual beli.

Tapi kenapa masih ada wanita sekarang yang kita anggap murah. ?Senang sahaja....kerana:
1) Mereka tidak percayakan Islam
2) Mereka Islam tetapi tidak mengikut tata susila sebagai seorang Islam.

CUKUP tentang perempuan....bagaimana pula dengan lelaki murah....? Lelaki seperti perempuan juga, ada yang kita senang sangat nak kenalpasti...daripada cara pemakaian mereka, cara mereka bergaul...dll lagi. Ingat tak di era awal 90-an dimana perkataan bohjan & bohsia selalu diperkataan...tetapi yang tinggal sekarang perkataan bohsia sahaja...kenapa bohjan tiba-tiba sahaja hilang? Kerana ia telah ditukarkan kepada 'Mat Rempit'?...tetapi mereka itu sahajakah kita anggap lelaki murahan? Bukan....

Lelaki murahan adalah lelaki yang mudah terperdaya didalam permainan SYAITAN...seperti harta, wanita & takhta.... 3 faktor utama kejatuhan lelaki. Memanglah kita tengok kekadang mereka ni nampak gah! Yelah...sebab mereka berharta...punyai isteri yang lawa-lawa belaka dan mempunyai kedudukan di dalam masyarakat...muka memang nampak baik padahal...harta banyak daripada yang tidak berkat, takhta kerana hartan & putar belitnya, dan secara otomatik mereka ini akan menarik wanita-wanita yang lebih kurang sama minatnya dengan mereka.

Yang bahayanya ....lelaki murahan pada tahap ini kadangkala susah untuk dikenalpasti tetapi kalau anda perhati betul-betul diraut wajah mereka, kita boleh nampak mereka dengan begitu senangnya boleh menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam. Atau pun mereka sahaja memutar belitkan pemahaman kita tentang agama Islam untuk menampakkan perkara-perkara yang mereka buat itu adalah betul sedangkan terang-terangan ia tidak BETUL sama sekali.
Dengan senangnya terpikat dengan godaan wanita. Dengan senangnya menerima pelawaan rasuah, zina, arak, dadah dll lagi. Ini semua tergolong di dalam kategori lelaki murah.

Memang dunia akan menjadi semakin kurang dengan lelaki & wanita yang bermartabat dan berperwatakan tinggi seperti sahabat-sahabat nabi & para ambiak serta para syuhadah diakhir zaman ini...tetapi tidak salah sekiranya kita duduk dan bermuhasabah diri...di manakah diri kita yang sebenarnya. Apakah kita juga orang yang boleh dikategorikan sebagai murah=senang?

So lepas ni...jangan dok sibuk tengok & berkata-kata tentang perempuan murahan....anda juga mungkin tergolong secara tidak sedar dan sekiranya itu berlaku cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah s.w.t. kerana jangan sampai anda hilang perasaan hormat daripada orang sekeliling terutama sekali yang amat menyayangi anda!!...kerana apabila sudah hilang rasa hormat...dihati mereka sudah tiada tempat untuk anda.

Wallahualam!

Friday, April 18, 2008

Di manakah letaknya kita....

Assalamualaikum kawan2 pembaca yang dikasihi sekalaian,

Hari ini saya telah menerima 1 mel daripada rakan baik saya yang telah bertanyakan saya tentang kedudukan dia di rumahnya setelah membaca satu artikel di bawah:-

KALAU SUAMI Kalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia Kalau suami meninggi suara Itu tandanya dia dah ada mak we Kalau suami mengaku bujang tua Itu tandanya dia nak ngurat anak dara Kalau suami selera tak ada Itu tandanya dia nak pasang dua Kalau suami lambat balik aje Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu Itu tandanya dia dah jemu Kalau suami malam jumaat buat tak tahu Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu Kalau suami garang macam singa Itu tandanya hati dia dah tak cinta Kalau suami asyik komplen aje Itu tandanya dia dah tak suka Kalau suami mula sepak terajang ke muka Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

JIKA SUAMI Jika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi Jika suami sayangkan isteri Kerja rumah rela dikongsi Jika suami sayangkan isteri Kereta diberi suami naik LRT Jika suami sayangkan isteri Duit poket diberi setiap hari Jika suami sayangkan isteri SMS dikirim tanda rindu dihati Jika suami sayangkan isteri Kongsi masalah nasihat dikasi Jika suami sayangkan isteri Diberi ciuman setiap pagi Jika suami sayangkan isteri I love U, I miss U katanya setiap hari Jika suami sayangkan isteri Isteri gemuk, dikatakan seksi Jika suami sayangkan isteri Sakit sikit selongkar laci ubat dicari Jika suami sayangkan isteri Kemana sahaja dibawa pergi Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri Jika suami sayangkan isteri Status berkahwin bangga sekali Jika suami sayangkan isteri Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA. TETAPI ... KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

hmmm...nak kata kita ni lagi banyak Kalau suami dari Jika suami...tapi tak sampai hati nak umpamakan rumahtangga kita bagaikan neraka....kenapa? Kerana kita banyak bersyukur kerana masih lagi mampu mempunyai seorang yang bergelar suami dan boleh kita luahkan segalanya pada seorang yang bergelar suami...

Itulah...kalau luahan kita dah tak mahu didengari di manakah kedudukan kita wahai si isteri...

Hari tu tetiba sahaja suami saya memberitahu saya tentang kerinduannya...dan bagaimana dia nak tanggung perpisahan dengan saya sekiranya dia kena outstation walau sehari pun...hati saya terusik...memang gembira bukan kepalang...tapi dalam masa yang sama musykil kerana dia tidak pernah berbuat / menyatakan sedemikian sehinggakan saya bertanyakan semula kepadanya kenapa tetiba dia berfikiran begitu...adakah dia terbaca sesuatu yang mengingatkan dia kepada saya atau seseorang telah menyatakan sesuatu kepadanya yang menyebabkan dia teringatkan saya....

Bukannya kita ni tak bersyukur tapi kalau konsisten tak apa...ini satu tahun sekali tulah....entah2 artikel di atas pun dia dapat tak....? Tak tahulah...mungkin memang dasar manusia yang mudah lupa dan alpa dengan pemberian Allah. Memang cepat kita ni lupa pengajaran yang telah Allah berikan kepada kita di masa lalu....
Kita masih lagi angkuh dengan sikap kita yang tidak mahu berubah atau bertaubat.

Pada saya...sekiranya anda tidak boleh memberi sepenuh kasih dan sayang anda terhadap pasangan anda....baiklah anda hidup bersendirian...kenapa perlu menyiksa seorang wanita iaitu isteri anda dan dengan begitu angkuh mereka perlu memahami sifat anda dan anda tak perlu memahami sifat mereka?

Kadang-kadang...biler saya terdengar wanita membuat hubungan luar dengan lelaki yang bukan suaminya...terus terang saya tidak menyalahkan mereka....kerana kalau tiada konformasi bahawa suami mereka adalah orang yang baik dan BIJAK dalam menangani rumahtangga...memang suamilah..orang yang perlu disalahkan..kerana dengan ketiadaan sifat kepimpinanlah yang menjadi punca utama dia tidak dapat memberi tunjuk ajar kepada isterinya sehingga isterinya tidak menghormatinya lagi....sorilah kpd sesiapa yang terasa..tapi buatlah muhasabah diri...

Kepada para isteri...cara termudah untuk anda melalui ronak dan duri rumahtangga yang anda sendiri letakkan iaitu samada neraka atau syurga....dakatkanlah diri anda kepada Allah s.w.t. da sentiasalah tingkatkan ilmu pengetahuan agama anda supaya Allah makbulkan kesabaran yang tinggi supaya kita akan dapat rahmat, keberkatan dan hikmah daripadanya. Ingatlah walaupun suami itu org. no.1 dalam hidup kiter....tapi Allah adalah No.1 zat yang hakiki di dalam alam kita.

Wallahualam....

Friday, April 4, 2008

Siapa yang suka buruk sangka....

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian.
Bestkan tajuk di atas?...Hari nih saya ada cerita nak kongsi....tentang MUSLIHAT...
Kadang-kadang kiter ni tak perasan sebenarnya kita ni memberi beberapa reaksi yang membuatkan org. lain tidak ada pilihan untuk berprasangka buruk terhadap diri kita sendiri...terutama sekali apabila kita mulakan langkah kita dengan satu Muslihat/penipuan yang kecil/tidak.

Memanglah kekadang tu kita berkata sendiri biarlah depa nak kata apa katalah...yang penting empunya badan tahu apa yang sebenarnya berlaku...tapi tak kah kita sedari bahawa kalau kita tidak mengelakkan diri daripada difitnah orang pun kita juga punyai dosa dibahagian kita juga. Memang susah mahu menyukakan hati semua org....tapi org. yang utama dalam hidup kita seperti ibubapa, suami/isteri kita, anak2, jiran2.,keluarga, sahabat handai....dan org2 yang kita kategorikan sebagai org yang kita sayangi tidak sepatutnya ada sedetik pun perasaan prasangka buruk itu. Kalau ada pun mesti ada perkara yang kita telah lakukan atau yang sedang kita lakukan tetapi kita tidak menyedari perbuatan tersebut yang menyebabkan perasaan itu datang.

Tuan-tuan dan puan-puan...berapa kalikah kita telah menipu org tersayang kiter kemudian kantul menipunyer? Tidakkah terang-terangan di dalam al-Quran Allah telah mengutuk perbuatan tersebut...tetapi kenapa kita masih lagi suka melakukannya. Berapa kali Allah telah membantu kita dengan memberi peluang beberapa kali untuk kita insaf....

Lambat laun...sekiranya kita tak bertaubat...Allah akan jatuhkan hukuman tersebut terhadap orang yang kita sayangi dengan tujuan untuk menginsafkan kita...dan bukan untuk menyiksa kita dan orang yang kita sayangi itu. Oleh itu berhentilah menipu jika anda masih melakukan penipuan tidak kisahlah samada secara kecil-kecilan atau besar-besaran...kerana jangan pula salahkan org yang berperasangka buruk terhadap anda jika ini berlaku.

Terakhir bagi saya...janganlah pula kita berperasangka buruk terhadap Allah Taala kerana sesungguhnya DIA maha mengetahui dengan apa jua yang terbuku di dalam HATI kita. Terimalah segala dugaan & cubaan yang datang sebagai satu hadiah daripadaNYA sesungguhnya ada hikmah di atas segala apa yang berlaku.

Wallahualam....

Saturday, January 26, 2008

Bahagia...hak siapa?

Assalamualaikum readers,

Selamat Tahun Baru!!!(Awal Muharram tau...) Dah lambat tapi what the heck...better late than never...

Macam maner tahun nie? Ader perkembangan lebih positif daripada tahun-tahun yang sebelumnyer?

Pada saya...apa yang dah berlaku semalam adalah semalam...kekadang tuh biler Setan datang menjelma...memangla...terpikiaq-pikiaq plak tentang kejadian yang telah berlaku sebelum-sebelum ini....

Tapi yang penting kiter berjaga-jaga dan tak lah layan sangat kisah-kisah semalam yang memilukan...tul tak?

Hari tuh...ada kawan baik saya yang sudah berbulan-bulan tak berjumpa meng-sms saya bertanyakan samada saya OK ke tidak dan tetibe jek menyatakan rasa kasihan dier terhadap saya kerana terpaksa menempuhi kesukaran kehidupan rumahtangga yang amat memeritkan...dan mengahadapi hidup sakarang ini dalam keterpaksaan semi anak-anak.

Saya pun berkerut....kawan saya ni ...dahlah lama tak jumpa...tanyer kabor pun gitu-gitu jek sebabnyer dier tengah bahagia mengharungi alam percintaan...aaah..memang indah belaka...dan last call pun dier call marah2 saya tentang pemilihan jalan hidup yang saya pilih...kemudian menyatakan rase KASIHAN beliau terhadap saya....saya diam jer tapi dalam hati saya kater....kalau orang Johor kater...'WAK LUuuuuuu!'

Kenapa? Kerana Kebahagiaan tidak akan datang kepada kita tanpa sebarang dugaan, cobaan dan rintangan....saya tidak kata yang pemilihan saya yang membawa saya sehingga ke hari ini adalah terbaik untuk orang lain tetapi adalah yang terbaik untuk saya kerana pemilihan jalan hidup saya adalah milik saya.

Saya memang bahagia sekarang...dengan 4 org anak2 yang sedang membesar,...dengan anak yang di dalam kandungan lagi...dengan suami yang nampak gaya macam kekadang sayang saya dan kekadang tidak...biarlah...dah itu gaya dier...yang penting dier masih sudi menerima saya di dalam hidupnyer dan memberi bekalan makanan, duit yang secukupnyer serta bekalan batin yang amat memadai untuk saya teruskan hidup ini bersama anak-anak dan pulang ke pangkuan saya apabila habis bekerja sudah cukup untuk saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan tetap berusaha terus untuk mencapai kebahagiaan DUNIA & AKHIRAT demi Allah s.w.t.

Yer...kalau anda masih ingat keluhan-keluhan hidup saya di dalam blog-blog saya yang sebelum ini ...memang anda tahu...bahawa memang bukan mudah untuk mencapai kebahagiaan bersama. Tetapi ingatlah kawan-kawanku..setiap keperitan / dugaan hidup itu akan menaikkan darjat kita sebagai seorang insan milik Allah. Berbanyakkan kesabaran sesungguhnya Allah menjanjikan keindahan kepada sesiapa yang bersabar.Dan ingatlah...janji Allah bukanlah seperti janji manusia...Allah tetap berpegang pada janjinya kerana Dialah Zat yang tertinggi darjatnya di alam semuanyer.

Tak perlulah kiter melabel sesiapa yang telah melakukan kejahatan sebelum ini kerana sesungguhnya itu adalah kerja Tuhan dan apa-apa yang berlaku itu adalah hak antara orang itu dengan empunyanya iaitu Allah s.w.t.

Berikan saje kekuatan anda untuk dipinjamkan kepada rakan-rakan anda yang memerlukannya disaat mereka memerlukan...dan redhakan sahaja pemilihannya kerana setiap perkara yang berlaku adalah ketentuannya dan ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini giliran mereka...mana tahu esok lusa..giliran kita pula...Wallahualam...

Saturday, November 3, 2007

Lelaki ini

Dear readers,

Have you heard of Anuar Zain's new song called 'Lelaki Ini"?
I have and I have fallen inlove with the man who have that kind feeling towards his wife through out the years without fail.

Sometimes when we first fell in love, NOTHING can get us to believe that 'maybe' just 'maybe' the guy we fell inlove with could be a fraud or a jerk or someone who have the CAPABILITY to hurt us in the future....there will always be a feeling where you will tell yourself that maybe....just maybe....'my' man is different....

But as you gone through the years...isn't is so pathetic & painful to actually realize the truth about the FACT....

The Fact is:....

There will always be younger girls than you.
There will be your faults & imperfections.
There will always be that eerie feeling when you make love to your husband and to ever think that he was thinking of someone else when he is doing it with us?...GOSH!!
Oh and there will always be the fact that you are getting old.
Your men turned out to be the men people around you predicted about...

You see men will always be men...They always feel that they have every right to go and 'ngorat' other woman because they feel that have the capabilities to do so....to do what? to love women more than 1....What they didn't realize NOT sometimes but ALL the time is how GREAT ALLAH is...there will always be the phenomenal thing called 'KUN FA YA KUN'...anything is possible even when you have an awful looking wife or big fat wife or stinky wife....
Remember that Allah is always much much more POWERFUL than any 'zat' in this world....so stay put and live your life only for HIM....

Proof to the world how WRONG people are about MEN....HUSBANDS....show them how unique you really are....

In my experience 'lelaki ini' kind of men...are normally the 'alim' ones...You can be stylo and into trend but plus the 'alim' and the 'lelaki ini' kind a man...MAN HOW COOL & HOT YOUU ARE and just don't be afraid of your woman's infedility or what sort...coz there won't be any MAN who can overtake your OWN SELF.

If you look at other women besides your wife and you have that feeling of ...'my my my my....' think again...your wife???....(KUN FA YA KUN...)

Lagu: Lelaki Ini
Artis: Anuar Zain

Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu
Yang bertahta dalam sanubariku

I think if you are (anyman) who dedicate this song to your wifey....you should look at the lyrics and 'hayati' them....not your wife....coz when you do understand the lysics...FULLY...your wife will know and stop the bullshitting about those weird actions that she has been dooing to attract your attention and to proof to HERSELF that her judgement about you have always been right even though you have HURT her OH EVER SO BADLY........