Tuesday, October 23, 2007

Ketenangan Jiwa

Dear Readers, Assalamualaikum;

What is wrong with this scene?

A husband cheats on his wife thru sms and mobile for the 5th time. Wife got to know, met the 3rd person to stop contacting him as well as told her husband off. Husband agrees & promised to change but change his phone number and keep on deleting his daily correspondence in his mobile.(To cover up??)FYI the old number is rgistered under wife's name thus wife can view the call statement that's been done.

If you were his wife,

1)would you feel at ease??
2)would you give him the trust that he claimed he have the right to have?
3)he was asking for a new handphone and ignore his wife request to use the old number. What would you do?
4)do you think your husband respect & love you with all these outcome after all that he has done??

If you have any feedback , feel free to right it on in the comment section below.

Saturday, October 20, 2007

Once a Mistake, Twice? Thrice a .....????

Dear Readers,

Dah lama tak berkata-kata dalam blog saya. Macam mana raya? Harap2 kali ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita buat masa ini. Bagi saya pun begitu juga. Tahun ini adalah tahun yang paling kaya dengan drama, dugaan, ujian, kesyukuran, ketaatan, pemikiran & keputusan sekali gus.

Pada tahun lepas dalam masa yang sama, rakan kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat baru disebabkan oleh satu kesilapan yang telah dilakukan oleh salah seorang ahli keluarganya yang telah memberi sebuah impak yang cukup saya katakan di sini memeritkan jiwa & raganya. Iaitu kedatangan pihak ke3 yang tidak diundang oleh mereka sekeluarga kecuali empunya diri yang menyatakan berkali2 tiada apa2 yang telah berlaku secara fizikal mahupun emosional.Apa-apa pun berlaku...hanya Allah yang tahu...

Apabila perkara seperti ini berlaku, kerosakan yang telah terjadi bukan sahaja di dalam seketul daging yang bernama hati si empunya diri itu tetapi juga kerosakan yang telah terjadi secara halus di dalam diri rakan saya juga. Namun demi anak-anak tercinta, dia gagahi dirinya untuk terus berjuang mempertahankan masjid yang dibinanya 10 tahun dahulu di atas dasar suka sama suka kerana Allah Taala.

Ingatkan cerah hingga kepetang rupanya hujan ditengahari....genap setahun perjalanan hijrahnya, suaminya kecundang lagi dek tabiat lamanya melayani pihak ke berapa entah, malas untuk dikira, katanya....
Bila ditanya....khabarnya sama...'tiada apa-apa...'

Inilah keluhan hatinya
Wahai suami yang diingati selalu,aku sedar aku punyai kelemahan yang tidak terhingga dibilang olehmu berkali2 tetapi sedarlah juga aku juga mempunyai kekuatan & kelebihan yang jika digilap, di asah...akan terserlahlah keunikanku. Sekiranya aku sudah tidak cukup cantik, baik, sempurna lagi bagimu, berterus teranglah supaya kita dapat hidup dengan haluan masing2 selepas ini untuk mencari kebahagiaan dengan izinNya. Tetapi sekiranya engkau masih ingat janjimu terhadap tuhanmu semasa mengangkat sumpah menjadi suamiku, maka berTAUBATlah...kembalilah ke jalan Allah supaya hidup kita diberkati dan ingatlah...Allah sudah memberi amaran yang keras kepada kita bahawa MUSUH kita yang utama adalah SYAITAN yang direjam. Maka sedarlah bahawa cara SYAITAN memisahkan kita berdua(suami/isteri) hanya dengan menggunakan senjatanya yang paling mudah iaitu WANITA.Tetapi janjinya hanya sementara tidak seperti janji Allah terhadap kita....maka aku berseru kepadamu wahai suamiku, serta suami2 di luar sana, jalanilah kehidupan ini kerana Allah. Hormati, hargai, sayangi serta cintailah isteri2mu dan pimpinilah kami ke jalan yang benar dan lurus kerana Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.

Kepada kaum hawa yang merasai apa yang dirasai oleh rakan saya ini,tingkatkanlah kesabaran kerana Allah sentiasa berada di sisimu. Pertahankanlah masjidmu dari digoyah dek SYAITAN yang sentiasa bersedia untuk menepuk tangannya sekiranya kita gagal dalam ujian Allah. Janganlah kita berdendam kerana sifat itu bukanlah milik kita. Senjata kita adalah DOA...jadi janganlah berhenti dari meningkatkan doa kehadrat Ilahi semoga kita selamat dunia, akhirat.

Wallahualam

Thursday, August 30, 2007

How Come?

Dear friends,

Hari ni I met with my ex-head of warden and it was really a great time to have a little flashback of what happened during those days...alamak hari nit terckp jawa plak. Tapi tak per kan??? Those were the glory days. People call me Ketua Penyangak or bahasa biasa, ketua pengawas and to think back at the time, I was the head prefect, the choir president, the netball captain, the AJK for the English society club, BAND?? ok I quit that. only 3 years but I know how to blow a trumpet though and I did all that with these 2 hands and 1 head!!!

If I were to turn back the time and the place I were then I don't think I can do it once again. When I got married, I don't think my partner knew exactly how or who I am actually because he laughed when I told him I can play trumpet, create my own melody at my mom's organ or have the guts to race a car at a circuit.

Macam mana things can turn up the way it is??? Is it because I am desperately in love with my husband now ooorr, am I being stupid enough hoping like a little girl for him to realize my 'bakat' or he simply wants me to be his wife because I am adaptable. He can change me easily...???

That made me to think why do we want to change the people we love??? As far as I can remember I am not the girl I am before I was married. Not because of he changed me !! But because I have MATURED and I chose to be where I am right now. Isn't that right???We chose our own path, we create our own KARMA & destiny..CORRECT???.....But how come we are SIGHING??? How Come????????....

Thursday, August 16, 2007

Kematian

Assalamualaikum kekawan,

Semalam saya balik ke kampung suami di atas kematian mak sedaranyer yang tlah kembali ke rahmatullah disebabkan oleh semput. Sesampai jek di sana jenazah sdg diusung dari rumah ibunya ke tanah perkuburan. Setelah selamat dikebumikan kami pun ke rumah ibunya untuk mengucapkan takziah dan menjenguk anak-anaknya(7 org) yang masih kecil.
Sedihnya bukan kepalang melihat mereka yang baru bersekolah , ada yang tengah nak amek exam besor tahun ni dah mengalami kehilangan yang amat sangat. Nak menghulur bantuan dari segi RM, terpikir2 jugek sedangkan diri pun X cukup nikan nak bagi ke orang. Begitulah terdetik hasutan setan sekejap dalam hati ni. Tapi bila dipikir2 dan direnung2 kalaulah kita pergi dijemput ilahi ke alam Barzakh, begitukah yang akan orang lain fikir apabila melihat anak-anak kita?? Mereka kesian, kesian tapi setakat kesian jelah....hai-kesiannyer-bai bai!! Gitu?
Alasannya diri sendiri tak lepas inikan lagi nak bagi kat orang. Lepas tu terpikir pulak kepada Islam yang menyuruh kita berbuat baik kepada sesiapa sahaja sebagaimana yang kita ingin orang berbuat baik pada kita nanti. Mcm orang2 tua2 selalu katelah, jgn kite menderhaka pada ibubapa kita sekiranya kita tak mau diderhakai oleh anok-anok kito.....
So!!!Berbalik kepada kematian tadi....dah setel ngan anak2 ni tadi kami pun berjumpa ngan ibu allahyarhamah yang tak habis-habis mengomen tentang ank menantunya yang pada dia telah membuatkn anak perempuannya merana sampai mati.Tengok pada pakcik suami ni, memanglah lebih banyak yang POYO daripada yang OK so bila maknya bercakap sedemikian Xlah kami tidakkan tapi...anaknya baru jek mati.Perjalanan hidup dia, dia yang pilih. Dia pasrah, kecewa, bosan atau merana, itu jalan dia yang pilih. Rasanye X ada guna nak kesali perangai suaminya yang membuatkan dia merana sampai ke mati. Tengoklah apa yang kita dah cuba sedaya upaya kita untuk bantu menyenangkan dirinya sewaktu hidup dulu.
Setiap perkara yang terjadi di dunia ini ada pengajarannya. Bukan pada org. yang diuji juga tetapi kepada org2 di sekelilingnya.Nak gaduh dengan bapak bagi cucu-cucunya buat apa? Bukan dapat kembalikan anaknya. Janganlah kita riak semata-mata kerana kita hidup senang sekarang.Renungkan apa yang telah kita 'contribute' semasa membesarkannya? Ada tak perkara yang X sepatutnya kita lakukan kita telah lakukan??
Dengar2 allahyarhamah adalh tunangan org tetapi berkahwin lari bersama pakcik ni....Wallahualammisawab...
Sama-samalah kita renungkan...

Friday, August 10, 2007

Dugaan

Assalamualaikum teman2,
Pada kebiasaannya kalau pagi-pagi suami akan hantar anak2 ke sekolah dan saya akan siapkan air atau sarapan untuk suami.(apa-apa yang patutla) Biasanya lepas dia anto dia akan pulang bersama dengan sarapan (atau tak), tapi pagi ni sebab saya berpuasa, dia beli sarapan utuk dia sahaja.
Tengah dok borak2, kami terpikir tentang pesanan seorang ustaz kepada kami tentang 3 Dugaan yang bakal ditimpa oleh semua orang :-
1)HARTA->> Org. kata kalau duit ni sebenornye adalah ibu bagi segala jenis kejahatan. Kitorag pun pernah jugekla merasai dugaan ni. Sebab tulah kalau kita ni tak kayo-kayo renung2lah diri kita dan suami. Mungkin tuhan nak selamatkan kita dari api neraka, sebbnye kalau kayo...mungkin kita mudah lupa diri dan banyak hal lain yang akan banyak beri demerit pd point akhirat kita. Sebab tu orang suruh bersyukur walaupun dalam keadaan tiada harta.
2)TAKHTA->> Jangan terkejutla kenapa org2 yang besor-besor pangkatnya bnyk yang sombong belako.Ni semua dugaan tuhan kepada org2 tuh.Harta & takhta tu sementara jer. Dalam kubur kita sorang2 jugek.Atau, daripada takhta tu perasaan RIAK tukan akan terbina dgn sendirinya menyebabkan kita lupa ada kuasa yang lebih besar daripada kita. Ni pun kitorg pernah merasai dugaan ini. Pendek kate senang jek, bila kita kat atas, jgn GILER KUASE!!!
3)WANITA->>Ini pun dugaan yang amat dideritai oleh kami terutamanya saya. Kenapa?? Sebab kita perlu beringat, X semua wanita itu baik. Dalam al-Quran surah ape entah X ingat pulak tapi ayat itu dibaca supaya Allah melindungi kita daripada wanita2 sihir yang jahat. So tuan-tuan dan puan-puan kalau dah kat Quran pun ada menyatakan maksudnye memang ADE betine2 jenis ini. Oleh itu jagalah iman anda dan suami supaya apabila didugai, kita pass the TEST. Bukan FAIL.
Renung-renungkanlah....dan selamat beramal.!!!

Sayang sayang sayang semua

Tuesday, August 7, 2007

duit banyak = bahagia banyak?

salam teman....

baru tadi kami bercakap2 pasal duit n bahagia.....lepas tu, nak di jadikan cerita, terbaca pulak artikel yang agak menarik pulak di sini....



lepas tu ada lah pulak yang berpendapat macam tajuk di atas tu, tp x kurang gak yg x setuju....
walaubagaimanapun....duit tu bukan semua...tp kita kena akur semua perlukan duit zaman ni kan?...

bukan nak promosi lebih ker atau berniat nak lari tajuk, tp cuba bayangkan kehidupan tanp duit?......sengsara tu x payah cerita, tp tertekan minda, semua x berkat.....

cubalah, manalah tahu rezeki kita ada disini.....

lepas baca, jangan lupa tinggal komen tau.....


jumpa lagi.....

Friday, August 3, 2007

Anak

Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi sekalian,
Apa khabar anda pada hari ini? Hari ini saya betul-betul berat kaki melangkah untuk ke tempat kerja apabila anak saya yang kecil sekali mula merengek untuk tidak dihantar ke taska. Membuatkan saya termenung seketika dan mula berfikir tentang diri saya dan kawan-kawan seperjuangan terutama sekali dari kaum wanita yang selalu ada perasaan bersalah apabila kita keluar bekerja dan meninggalkan anak-anak di rumah.
Kalau nak diikutkan hati, memang lagi 'best' sekiranya kita dapat menjaga rumah sendiri, menjaga mereka, membuat kerja sesuka hati, memasak masakan kegemaran anak-anak/suami/diri sendiri bukankah begitu?? Tetapi hakikatnya, antara kita, berapa kerat sahaja yang MAMPU melakukan sedemikian? Semuanya kerana RM/FULUS/PITIH......Dek kerana ingin membantu suami mengukuhkan ekonomi 'sejagat' kita telan semua perasaan bersalah itu.
Namun jangan ingat perasaan itu akan hilang...selama mana saya membantu suami mencari rezeki di luar, mata-mata dan riak muka anak-anaklah yang membantu menguatkan semangat saya untuk meneruskan segala jenis perjuangan di dalam hidup ini. Rintangan tetap akan datang. Mungkin ada juga suami yang bising kerana rumah jadi KURANG terurus, masakan kegemarannya tidak dapat SELALU kita hidangkan atau insiden-insiden lain yang menunjukkan ketidakmampuan kita menguruskan segalanya dalam satu masa tetapi INGATLAH PARA SUAMI, isteri-isteri anda bukanlah hamba. Lihat wajah mereka, ingatlah keringat ibu anda membesarkan anda dan anak-anak/adik-adik perempuan anda yang bakal menjadi isteri-isteri bg orang-orang lelaki di luar sana. INGATLAH PARA WANITA, walaupun ada lagu SUPERWOMAN yang menyatakan sukar untuk kita menjadi seorang wanita yang kuat/hebat, tetapi percayalah, kita MAMPU untuk menjadi SUPERWOMAN. Kerana anak-anak kita BOLEH!!!! Kuatkan semangat dan selalulah bersyukur dan beristifar kepada Allah s.w.t. Pertahankan rumahtangga anda kerana Allah.

Wassalam.