Wednesday, October 10, 2012

Kenapa suami orang tampak lebih menarik...

Assalamualaikum sidang pembaca yang disayangi,

Saya rasa ramai yang terpanggil untuk membaca artikel saya pada hari ini disebabkan oleh tajuk yang benar-benar menangkap selera pembaca yang rata-rata suka bab-bab sebegini bukan?...

OK....mungkin saya bukanlah doktorat yang telah membuat kajian sepenuhnya tentang tajuk ini namun, dengan pengalaman serta pemerhatian dan rujukan buku-buku yang dibaca serta hati ibu-ibu yang sudah dan sedang merana, setidak-tidaknya dapat membuat sebilangan daripada kita, mungkin tak semua yang masih alpa serta tegar untuk duduk beristifar akan kegiatan-kegiatan serta keputusan-keputusan yang melulu serta tiada hala tuju daripada menguasai diri dan menjadikan diri kita merana dalam kebodohan kita sendiri.

Saya tahu ramai pembaca blog saya ini datangnya daripada kalangan para isteri yang hiba dan saya juga tahu ada juga pembaca blog ini yang tergolong daripada kaum suami yang ingin mengetahui dan memahami isihati isteri mereka yang pernah mereka sakiti dan saya juga yakin ada juga pembaca daripada golongan wanita yang terlalu menginginkan sebuah kehidupan yang sempurna yang datangnya daripada seorang lelaki yang 'tampak' sempurna dan meraih kebahagiaan untuk kehidupan mereka namun pada hakikatnya sedarilah perbuatan anda mempunya reaksi berantai yang hanya merugikan masa, tenaga dan wang ringgit bagi masyarakat sekeliling.

1) Kepada para isteri, saya memanjat doa kepada Allah supaya anda sentiasa konsisten di dalam menambah ilmu Allah dan memperbaiki hubungan anda dengan Allah terlebih dahulu sebelum anda ingin membetulkan hubungan anda dengan orang-orang di sekeliling anda terutamanya suami anda.

2) Kepada para suami, sedarlah bahawa isteri & anak-anak itu adalah anugerah Allah kepadamu. Allah adalah perancang terbaik kehidupanmu dunia akhirat. Ada sebab kenapa Allah menemukan isterimu untuk dinikahi dan mengandungkan zuriat-zuriatmu. Bertaubatlah kepada Allah s.w.t. sekiranya anda telah tersasar daripada jalanNya dan tetapkan hatimu ke jalan Allah dan tinggalkanlah perkara-perkara yang mungkar.

3) Kepada golongan wanita yang masih belum berpasangan dan melihat hanya kepada keindahan dunia percintaan anda bersama suami orang yang disulami dengan dosa serta kemungkaran, ingatlah bahawasanya kehidupan berumahtangga tidak akan kekal sebegitu  indah kerana perkahwinan yang terjadi atas dasar perzinaan tetap akan dilaknati Allah walaupun anda sudah berkahwin. Sekiranya anda seorang yang beriman kepada Allah...bertaubatlah...kerana di akhirat kelak, sekiranya taubat anda diterima, di Jannah itu ada tempat untukmu, Allah akan memasangkan dirimu bersama lelaki sebagai suamimu di sana.

Kenapa suami orang  tampak lebih menarik daripada lelaki bujang...?

Isu ini ditujukan kepada ketiga-tiga golongan di atas untuk direnungi dan difahami...

Seorang lelaki yang sudah berkahwin selalunya lebih memahami wanita. Mereka mengenali wanita daripada pemahaman tingkah laku isterinya serta penganalisaan secara tidak rasmi.  Seorang lelaki yang bersyukur terhadap Allah s.w.t....selalu akan lebih menyayangi isterinya dan akan memastikan isteri mereka gembira demi kebahagiaan anak-anak yang di letakkan di bawah penjagaan ibu mereka. Namun seorang lelaki yang tidak bersyukur akan sentiasa meletakkan kelemahan di dalam urusan rumahtangga ke atas isteri mereka. Mereka sentiasa riak untuk menunjukkan kelemahan tersebut ke arah diri mereka sendiri.

Sebagai wanita yang tiada komitmen perkahwinan, melihat seorang lelaki yang telah berkeluarga dan sedih kerana permasalahan rumahtangga merasakan diri mereka itu lebih superior daripada pasangan lelaki tersebut di rumah. Sudah tentu wanita ini mempunyai advantej-advantej serta asset-asset yang tampak lebih hebat daripada yang dipunyai oleh isterinya sendiri  kerana isteri di rumah menghabiskan masa, waktu serta tenaga menguruskan anak-anak padahal sang wanita hanya menguruskan diri mereka sendiri siang, malam, 24 jam dari segi fizikal, mental dan material. Wanita-wanita yang mengambil kesempatan ke atas ketidakurangan wanita lain samalah ertinya anda meneguk air yang keruh.

Kehebatan dan kekuatan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu bukan terletak kepada kehebatan paras rupa serta wang ringgit tetapi terletak di dalam hati mereka yang sentiasa tawadhuk kepada Allah s.w.t. Walaupun ditangani, walaupun dilempari dengan kata-kata kesat, walaupun diherdik oleh masyarakat, dipandang serong oleh saudara-mara namun, mereka tetap sabar dan menelan segala kerumitan , kepahitan serta kebingungan dalam kerelaan. Seorang isteri yang bersabar itu memang dijanjikan Allah akan hikmah yang sungguh besar.



Wanita yang mempunyai tahap minda yang tidak begitu stabil akan merasakan bahawa seorang lelaki yang bergelar suami orang mempunyai extra power iaitu:-

1) dari segi seksualiti
2) dari segi material/kewangan
3) dari segi kefahaman
4) dari segi stail
5) dari segi budi pekerti

Mari kita kupaskan satu persatu...

1) sekiranya anda seorang wanita yang nampak suami orang lebih menarik dari segi seksualiti, anda boleh dikategorikan sebagai 'gila seks' atau 'desperado'. Anda juga telah/sedang diperalatkan sekiranya 'cinta' anda dibalas. Di dalam Islam, cinta ini dikategorikan cinta Syaitan.

2) sekiranya anda seorang wanita yang nampak suami orang lebih menarik dari segi material/kewangan, anda boleh dikategorikan sebagai alat yang dipergunakan oleh syaitan untuk menarik manusia ke lembah kehinaan apabila mereka alpa dengan wang ringgit. Anda seorang materialistik. Hidup anda hanya berkiblatkan wang ringgit.

3) sekiranya anda seorang wanita yang namapak suami orang lebih menarik dari segi kefahaman mereka terhadap anda, anda dikategorikan sebagai 'BODOH' kerana sudah tentu suami kepada seseorang pandai dan manis berkata-kata. Tetapi sekiranya sang suami meninggalkan keluarganya yang kecil mahupun besar demi berkahwin dengan anda, apa jaminan yang anda akan dapat untuk si dia tidak berbuat sedemikian rupa kepada anda pula? Atau anak perempuan anda nanti, atau adik perempuan anda nanti... Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan sangat berkuasa....memberi pengajaran kepada manusia dengan nasib KARMA...

4) sekiranya anda seorang wanita yang nampak suami orang lebih menarik dari segi stail, anda boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang buta mata dan buta hati....
Kehebatan stail seorang suami bukannya datang daripada mereka sendiri. Tidakkah anda tahu bahawa perunding imej bagi sang suami ini adalah isteri-isteri mereka? Oleh itu sekiranya anda meminati stail seorang yang bergelar suami orang...mula-mula orang yang petama anda perlu tabik adalah isteri mereka.

5) sekiranya anda seorang wanita yang nampak suami orang lebih menarik dari segi budi pekerti, anda adala seorang yang pandai melihat kebaikan daripada seseorang itu tetapi  pastikan anda sekadar melihat sahaja. Janganlah jadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan ingin merasa pulak hak orang lain.

Selalunya masalah orang ketiga berlaku apabila pihak ketiga itu tidak mempunyai akal fikiran yang waras. kebanyakannya tidak mempunyai hukum atau pegangan yang kuat terhadap agama. Pada pandangan saya...sekiranyalah setiap orang yang rasa diri mereka masih waras dan akal mereka masih berfungsi, cubalah kuatkan iman dan ikutlah Quran dan hadith serta sunnah Rasulullah.

Adalah perkara sangat normal sekiranya seseorang lelaki akan tertarik dengan seorang wanita kerana Allah telah menjadikan itu lumrah kehidupan manusia sejak azali. Tetapi Allah juga telah memberikan kita semua garis panduan yang NYATA untuk diikuti. Sekiranya anda seorang suami...fahamilah bahawa anda adalah ketua keluarga. FOKUS kepada keluarga anda BUKAN kepada diri anda sendiri sebagaimana yang rasulullah s.a.w. telah tunjukkan. Beliau selalu mendahulukan agama dan keluarga dahulu sebelum perkara lain. Oleh itu dahulukanlah perkara ini dahulu kerana kita hidup kerana cinta Allah. Bukan kerana cinta dunia. Hati-hatilah dengan syaitan yang berupakan wanita. Syaitan akan mencantikkan yang buruk dan memburukkan yang cantik di sisi Allah. Dia akan membuat kamu lalai melihat wanita yang mendedahkan aurat dan sebagainya dan membisikkan di telinga anda selalu tentang keburukan isteri dan anak-anak anda. Wanita-wanita yang jahat memang wujud dari zaman rasulullah lagi yang menggunakan sihir demi melangsaikan nafsu serakah mereka untuk sentiasa kelihatan cantik dan disenangi orang serta menawan hati orang demi kebahagiaan diri mereka sendiri. Berhati-hatilah...jaga pandanganmu, jaga hati kamu dan gunakan akal fikiranmu. Perangi Syaitan dan menangkanlah cinta Allah. Syaitan pasti akan menjauhkan diri daripada anda dan anda akan mendekati diri dengan Allah.

Kepada pihak ketiga yang selalu terpikat pada suami orang dan rasa amat payah untuk berhenti daripada tabiat ini...tolonglah sedar bahawa tabiat ini adalah tabiat yang SANGAT BURUK. Walaupun anda SANGAT CANTIK macam mana sekali pun, sebenarnya anda kelihatan sangat BURUK dan BODOH dengan melakukan perkara itu. Anda rasa anda telah menang kerana berjaya menawan hati suami orang tetapi di dalam Islam,...hati itu milik Allah s.w.t. Tiada sesiapa pun yang boleh membaca hati manusia kecuali Allah. Syaitan juga tidak mempunyai kuasa yang setaraf dengan Allah yang mampu membaca hati manusia. Jadi jangan ingat anda berkemampuan untuk memliki hati yang anda fikir anda mampu miliki. Sebenarnya hari yang anda jatuh longlai di dalam dakapan cinta seseorang lelaki yang bernama suami orang itulah hari anda sudah KALAH. Anda kalah dengan syaitan. Syaitan sedang gelak ketawa dan bertepuk tangan kerana perancangannya sudah berjaya. Anda berhubungan dengan sang suami orang cukup lama bagi anda dan anda merasakan bahawa anda mempunyai sejarah yang amat lama bersama mereka serta membuatkan anda rasa sangat istimewa tetapi anda lupa bahawa sang suami itu pun mempunyai sejarah yang lebih lama bersama-sama dengan isteri dan anak-anak mereka yang membuatkan mereka itu lebih istimewa daripada anda. Di situ pun anda sudah kalah. Senang cerita...anda tak payahlah nak berlumba kerana keputusan macam mana pun menjuruskan anda kalah dalam pertarungan kehidupan anda sendiri bukan bertarung dengan isteri orang.
Sekiranya anda seorang Islam...cepat-cepatlah bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Anda harus bakar tiket ke neraka dengan amalan-amaln taubatmu. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha mengasihani.


Kepada para isteri yang pasrah dengan kebodohan suami-suami anda...percayalah sesungguhnya Allah telah menyediakan syurga bagi orang-orang yang sabar. Allah tahu bahawasanya anda mampu menghadapai ujian ini. Ujian ini adalah bukti kecintaanNya kepada anda. Sekiranya suami anda mencurangi anda, fahamilah bahawa dia curang kerana kelemahan daripada dirinya sendiri BUKAN daripada kelemahan anda. Namun...tidak salah sekiranya anda dapat melangkah setapak kehadapan untuk memperbaiki diri disaat diri anda diuji. Perbaiki dahulu hubungan anda dengan Allah yang paling utama. Pertingkatkanlah keyakinan diri anda terhadapNya...insyaAllah selepas itu hubungan anda dengan sesama manusia lain akan secara otomatik terperlihara di atas keyakinan anda kepada Allah. INGATlah selalu akan kekuatan kita iaitu doa. Gunakanlah senjata ini untuk memerangi syaitan dan jin. 

Berdendam bukan sifat orang-orang yang mukmin...Allah sangat benci kepada pendendam jadi selalulah ingat bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin Allah. Maka berdoalah kepadaNya...senjata ini amat kuat untuk menentang musuh kita.

Selamat beramal soleh.

Wallahualam...