Monday, April 30, 2012

Had kesabaran...

As salam kepada semua rakan pembaca,

Sudah lama saya tidak bercerita. Haha...mungkin kerana sibuk dengan kehidupan seharian, semingguan dan sebulanan...kikiki...tapi...rasanya saya terpanggil juga untuk berkongsi perasaan yang ada di dalam hati nurani ini bila saya lihat di sekeliling ini ramai wanita di luar sana yang merana...(mungkin termasuk saya juga :) )...kerana lelaki yang bergelar suami.
Kepada para isteri, sekiranya suami anda berulang kali mencurangi anda, kembalilah kepada Allah dan mintalah kepadaNya pertolongan. Susungguhnya suami anda mungkin alpa seketika di dunia yang penuh dengan kemungkaran. Jangan berhenti berdoa dan jangan berputus asa terhadap Allah. Kesakitan yang dirasai oleh kita hanyalah kesakitan duniawi yang Allah janjikan kenikmatan di akhirat nanti.
    Janganlah berburuk sangka kepada Allah...kerana kesakitan yang dilakukan oleh suami kita terhadap kita hanyalah ujian daripada Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Allah adalah perancang yang terbaik untuk kita kerana Allah mengetahui apa yang kita mampu dan apa yang akan berlaku kepada kita di masa akan datang.

   Semasa saya mengetahui tentang kecurangan suami yang kesekalaian kali dan kali ini dengan bahan bukti yang cukup jelas...perkara yang pertama tiba di dalam kepala saya adalah...." sudah lah tu....cukuplah sudah ....kesabaran saya sampai di sini.... " dan perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah...MENUNTUT CERAI DENGAN HAK SAYA...SAYA DAH TAK TAHAN!!!!! wah gerunkan bunyinya?

Tapi apabila direnung difikir dengan disulami doa, solat sunat, lihat muka anak-anak kita, ingat semula waktu indah kita bersamanya, ingat semua kekuatan di dalam dirinya... bayangkan apakah yang akan dirasai oleh ibunya sekiranya kita berpaling daripadanya...apakah yang akan berlaku pada anak-anak apabila mereka terpaksa melalui perkara yang mereka sendiri tidak sedar...apa yang saya nampak di keliling hanyalah syaitan-syaitan yang sedang senyum dan bertepuk tangan... Berjaya sudah mereka merobohkan satu lagi masjid Allah....
   Adakah ini yang saya mahukan?...

kehidupan ini bukan milik kita...
kecantikan kita bukan milik kita...
kebahagiaan kita juga bukan milik kita...

Ia semua adalah milik Allah...

Kenapa perlu kita letakkan had kepada kesabaran kita? Sedangkan Allah tidak pernah mempunyai had keatas kesabaranNya apabila melihat kita alpa dengan duniawi... Allah tetap menyayangi kita tanpa had apabila kita berpaling daripadaNya...siapakah kita untuk menghukum sedangkan kita cuma hambanya yang jahil, kita juga tidak tahu apa yang bakal kita tempuhi dimasa akan datang..

Sekiranya anda para isteri yang hatimu selalu dipukul, dipalu, diketuk, dihiris, dicincang, dipermainkan sentiasa oleh suamimu...bersabarlah wahai wanita-wanita yang gigih....perkataan yang selalu memberiku kekuatan yang luar biasa adalah... Tidak apa...aku ada Allah.... tidak apa aku ada Allah...tidak apa...aku ada Allah... T.T

Saya percaya bahawa Allah mempunyai perancangan yang terhebat untukku...

Surah Al-Inshirah ayat -94:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ

Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ

yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan

sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar



Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menganiayai orang lain terutamanya terhadap kaum isteri. Malah rasulullah s.a.w. telah bersabda...antara wasiatnya yang terakhir, beliau telah memesan umatnya:

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”



Wahai para suami yang dikasihi... sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna, Rasulullah s.a.w. adalah 'role model' yang sempurna... bantulah kami para isteri untuk membina umat yang sempurna... walaupun kita manusia memang tidak sempurna... tetapi tidak salah sekiranya kita berusaha ke arah kesempurnaan. Syaitan telah terang-terangan berjanji kepada Allah s.w.t. untuk menyesatkan bukan sahaja umat Islam tetapi umat manusia seluruhnya... Perempuan yang mungkar dijadikan senjata mereka untuk memerangi kamu...jadi mengapakah kamu tidak sedar akan perkara ini...

Menurut kata Ustaz Ghazali disalah satu ceramah beliau... Allah tidak akan menyabut nyawamu sehinggalah kamu benar-benar baik atau...sehinggalah kamu benar-benar jahat...
Pilihlah cara yang mana kita ingin mati wahai para suami...

Gerunilah azab balasan Allah ...sesungguhnya anda akan menyesal dikemudian hari nanti...

Kepada para isteri yang dihormati...
Kita hidup kerana Allah s.w.t....ingatlah....Islam itu memelihara hak wanita-wanita lebih daripada agama lain. Ketahuilah hak-hak anda. Belajarlah. Menuntut hak anda bukan bererti anda menderhaka kepada suami tetapi adalah untuk menegak kebenaran agama Allah ini. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Penceraian adalah halal tetapi dibenci Allah. Oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan ilmu dan kuatkan hati kita. Bantulah sesama kita untuk mencari kebahagiaan dunia akhirat....

renung-renungkan dan selamat mengerjakan kebaikan dimana-mana...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...