Tuesday, October 23, 2007

Ketenangan Jiwa

Dear Readers, Assalamualaikum;

What is wrong with this scene?

A husband cheats on his wife thru sms and mobile for the 5th time. Wife got to know, met the 3rd person to stop contacting him as well as told her husband off. Husband agrees & promised to change but change his phone number and keep on deleting his daily correspondence in his mobile.(To cover up??)FYI the old number is rgistered under wife's name thus wife can view the call statement that's been done.

If you were his wife,

1)would you feel at ease??
2)would you give him the trust that he claimed he have the right to have?
3)he was asking for a new handphone and ignore his wife request to use the old number. What would you do?
4)do you think your husband respect & love you with all these outcome after all that he has done??

If you have any feedback , feel free to right it on in the comment section below.

Saturday, October 20, 2007

Once a Mistake, Twice? Thrice a .....????

Dear Readers,

Dah lama tak berkata-kata dalam blog saya. Macam mana raya? Harap2 kali ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita buat masa ini. Bagi saya pun begitu juga. Tahun ini adalah tahun yang paling kaya dengan drama, dugaan, ujian, kesyukuran, ketaatan, pemikiran & keputusan sekali gus.

Pada tahun lepas dalam masa yang sama, rakan kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat baru disebabkan oleh satu kesilapan yang telah dilakukan oleh salah seorang ahli keluarganya yang telah memberi sebuah impak yang cukup saya katakan di sini memeritkan jiwa & raganya. Iaitu kedatangan pihak ke3 yang tidak diundang oleh mereka sekeluarga kecuali empunya diri yang menyatakan berkali2 tiada apa2 yang telah berlaku secara fizikal mahupun emosional.Apa-apa pun berlaku...hanya Allah yang tahu...

Apabila perkara seperti ini berlaku, kerosakan yang telah terjadi bukan sahaja di dalam seketul daging yang bernama hati si empunya diri itu tetapi juga kerosakan yang telah terjadi secara halus di dalam diri rakan saya juga. Namun demi anak-anak tercinta, dia gagahi dirinya untuk terus berjuang mempertahankan masjid yang dibinanya 10 tahun dahulu di atas dasar suka sama suka kerana Allah Taala.

Ingatkan cerah hingga kepetang rupanya hujan ditengahari....genap setahun perjalanan hijrahnya, suaminya kecundang lagi dek tabiat lamanya melayani pihak ke berapa entah, malas untuk dikira, katanya....
Bila ditanya....khabarnya sama...'tiada apa-apa...'

Inilah keluhan hatinya
Wahai suami yang diingati selalu,aku sedar aku punyai kelemahan yang tidak terhingga dibilang olehmu berkali2 tetapi sedarlah juga aku juga mempunyai kekuatan & kelebihan yang jika digilap, di asah...akan terserlahlah keunikanku. Sekiranya aku sudah tidak cukup cantik, baik, sempurna lagi bagimu, berterus teranglah supaya kita dapat hidup dengan haluan masing2 selepas ini untuk mencari kebahagiaan dengan izinNya. Tetapi sekiranya engkau masih ingat janjimu terhadap tuhanmu semasa mengangkat sumpah menjadi suamiku, maka berTAUBATlah...kembalilah ke jalan Allah supaya hidup kita diberkati dan ingatlah...Allah sudah memberi amaran yang keras kepada kita bahawa MUSUH kita yang utama adalah SYAITAN yang direjam. Maka sedarlah bahawa cara SYAITAN memisahkan kita berdua(suami/isteri) hanya dengan menggunakan senjatanya yang paling mudah iaitu WANITA.Tetapi janjinya hanya sementara tidak seperti janji Allah terhadap kita....maka aku berseru kepadamu wahai suamiku, serta suami2 di luar sana, jalanilah kehidupan ini kerana Allah. Hormati, hargai, sayangi serta cintailah isteri2mu dan pimpinilah kami ke jalan yang benar dan lurus kerana Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.

Kepada kaum hawa yang merasai apa yang dirasai oleh rakan saya ini,tingkatkanlah kesabaran kerana Allah sentiasa berada di sisimu. Pertahankanlah masjidmu dari digoyah dek SYAITAN yang sentiasa bersedia untuk menepuk tangannya sekiranya kita gagal dalam ujian Allah. Janganlah kita berdendam kerana sifat itu bukanlah milik kita. Senjata kita adalah DOA...jadi janganlah berhenti dari meningkatkan doa kehadrat Ilahi semoga kita selamat dunia, akhirat.

Wallahualam